• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Untung Sebelum Cukai Suku Ke-4 KPJ Naik RM63.6 Juta

oleh AK-47
21/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keuntungan sebelum zakat dan cukai KPJ Healthcare Bhd pada suku keempat berakhir 31 Disember 2016 melambung 33 peratus kepada RM63.6 juta berbanding RM48.1 juta dalam suku sama tahun lepas.

Pendapatan kumpulan itu berada pada RM744.9 juta, naik enam peratus berbanding RM701.6 juta dicatat sebelum ini, katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Untuk segmen Malaysia, pendapatan meningkat lima peratus kepada RM699.2 juta berbanding RM664.3 juta dicatat dalam suku yang sama pada 2015.

KPJ Healthcare berkata, pendapatan yang lebih tinggi itu disebabkan terutama oleh hospital baru dibuka dan sedia ada.

Sementara itu, pendapatan kumpulan untuk 12 bulan berakhir 31 Disember 2016 meningkat kepada RM3,021.1 juta berbanding RM2,847.6 juta dicatat sebelum ini manakala keuntungan sebelum zakat dan cukai berjumlah RM210.2 juta berbanding RM209.6 juta pada 2015.

KPJ berkata, kumpulan itu akan terus memberi tumpuan untuk mengekalkan kedudukan pasarannya dengan meningkatkan kapasiti dan perkhidmatan kepada pesakit.

“Untuk 2017, kumpulan ini menjangka pertumbuhan pendapatan daripada hospital baru dan sedia ada akan terus meningkat.

“Bagaimanapun, keputusan akan menyederhana kerana kebanyakan hospital baharu itu masih beroperasi dalam tempoh gestasi antara tiga hingga lima tahun,” katanya.

Berikutan persekitaran ekonomi yang mencabar ini serta kemasukan penggiat baharu, kumpulan itu menjangka untuk mencatat pertumbuhan sederhana. – BERNAMA

Tags: KPJ Healthcare Bhd
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd