• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengasuh Taska Dera & Paksa Budak Makan Najis!

oleh AK-47
22/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEJAM lagi tidak berperikemanusian, itulah yang berlaku terhadap beberapa kanak-kanak di sebuah taska di Singapura selepas dipercayai diseksa oleh pengasuh mereka.

Apa yang lebih memilukan adalah kanak kanak yang dianggarkan berusia antara satu hingga empat tahun itu turut disuruh memakan najis sendiri!

Menurut portal Stomp, perbuatan kejam pengasuh di taska Sam’s Early Learning Centre itu terbongkar setelah seorang pengguna WeChat, Singapore Tong memuat naik beberapa keping gambar sebagai bukti kekejaman pengasuh taska berkenan.

Gambar yang tersebar itu turut memaparkan kanak-kanak disuruh tidur di atas lantai tanpa sebarang alas, mahupun bantal.

Pengasuh Taska Dera & Paksa Budak Makan Najis!

Pengasuh Taska Dera & Paksa Budak Makan Najis!

Pengguna berkenaan turut mendakwa pihak taska membuang susu tepung yang dibekalkan oleh ibu bapa untuk diberikan kepada anak-anak. Malah pihak taska dikatakan tergamak memberi penghuni kecilnya itu makan buah-buahan yang hampir rosak dan busuk.

Pengasuh Taska Dera & Paksa Budak Makan Najis!

Pengasuh Taska Dera & Paksa Budak Makan Najis!

Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak, (ECDA) berkata, pihaknya telah menerima aduan penderaan kanak-kanak itu beserta dengan gambar.

“Kami telah sedia maklum dengan pendedahan di media sosial ini dan kini sedang menjalankan siasatan terhadap pusat jagaan kanak-kanak berkenaan. 

“Keselamatan dan kesihatan kanak-kanak di pusat penjagaan kanak-kanak adalah keutamaam ECDA,” kata jurucakap ECDA.

Sementara itu, netizen di Singapura bagaikan tidak percaya perkara seperti itu boleh berlaku di negara mereka.

Netizen juga mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan yang lebih keras terhadap pemilik taska berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan.

Tags: kejamSingapurataska
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

09/02/2026
0

Dia langgar orang....dia pulak nak mengamuk.... OLEH MYNEWSHUB  SINGAPURA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas dirempuh sebuah...

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

26/09/2025
0

SINGAPURA – Polis Singapura kini giat menyiasat satu insiden membabitkan penghantaran bungkusan mencurigakan ke Masjid Al-Istiqamah, Serangoon North Avenue 2,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd