• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Mangsa Kemalangan Basikal Keluar Wad Hari Ini

oleh AK-47
21/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Empat daripada lapan remaja yang cedera ketika berbasikal di Jalan Lingkaran Dalam di sini dua hari lepas, dibenarkan keluar daripada wad Hospital Sultanah Aminah (HSA), petang ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata mereka ialah Muhamad Farhan Che Mat, 16, Muhammad Zulfadli Yusri, 19, Abdul Samad Abdul Kadir, 16, dan Muhammad Arasshat Abdullah, 14.

“Setakat ini, empat remaja disahkan dibenar keluar hospital, dua di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan keadaan masih sama (kritikal) manakala dua lagi di wad untuk menerima rawatan serta fisioterapi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ayub berkata dua mangsa yang masih berada di ICU ialah Mohamed Shamizal Iqmal Abdullah, 16, dan Muhd Nazri Mahmudi, 13.

Sementara dua mangsa yang berada di wad ialah Muhammad Fitri Muhammad Fatoni, 17, dan Muhammad Arif Salman, 15.

Kemalangan menimpa kumpulan remaja terbabit berlaku pada 3 pagi, menyebabkan lapan maut manakala lapan lagi cedera setelah basikal mereka dilapor dirempuh sebuah kereta.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh dilapor sebagai berkata mereka antara 20 dan 30 remaja yang dipercayai menghalang Jalan Lingkaran Dalam dan jalan sekitarnya sebelum dirempuh seorang pemandu wanita.

Beliau berkata pemandu tersebut yang dari arah Taman Pelangi dipercayai tidak sempat mengelak lalu merempuh kumpulan remaja berkenaan. – BERNAMA

Tags: Datuk Ayub Rahmatkemalangan basikal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perlu Ada Peraturan Berbasikal Di Jalan Raya

13/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Aktiviti berbasikal di jalan raya turut mengundang risiko kemalangan, justeru Malaysia boleh mencontohi beberapa negara dalam memperkenalkan...

Tragedi Basikal Lajak: Pendakwaan Fail Notis Rayuan

10/11/2019
0

JOHOR BAHRU - Pihak pendakwaan hari ini memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Majistret yang melepas dan membebaskan seorang jurujual...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd