• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemenangan Di PRK Tanjong Datu Bukti Rakyat Yakin BN

oleh Ahmad Albab
19/02/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu membuktikan bahawa rakyat masih yakin dan percaya dengan agenda pembangunan kerajaan BN, kata Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Ong, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, berkata kemenangan itu jelas menunjukkan bahawa rakyat Sarawak percaya dan yakin terhadap BN yang mampu membawa kebaikan secara keseluruhannya bagi kesinambungan pembangunan di negeri itu.

“Saya berharap kemenangan itu dapat dijadikan sebagai contoh dan teladan kepada negeri-negeri lain untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Wanita MCA Perak yang turut dihadiri Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie di Wisma Persatuan Bulan Sabit Merah di sini, hari ini.

Calon BN, Datuk Amar Jamilah Anu menang dengan majoriti 6,443 undi apabila memperoleh 6,573 undi, menewaskan calon Parti Reformasi Negeri Sarawak (Star) Johnny Aput yang memperoleh 108 undi dan calon Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru, Rapelson Richard Hamit (130 undi) dalam pertandingan tiga penjuru. – BERNAMA

Tags: PRK Tanjong Datu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tanjong Datu: Cermin Keyakinan Rakyat Kepada BN

20/02/2017
0

KUALA LUMPUR - Parti komponen Barisan Nasional (BN) menyifatkan kemenangan Datuk Amar Jamilah Anu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan...

Semua 16 Pusat Mengundi PRK Tanjong Datu Ditutup

18/02/2017
0

LUNDU - Tiga lagi pusat pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu ditutup 5...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd