• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Himpunan 355: Hadi Harap Pindaan Akta 355 Berjaya

oleh Ahmad Albab
20/02/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berharap cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 akan mencapai kejayaan dan seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat di negara ini.

Berucap pada Himpunan 355 yang dihadiri ribuan peserta di sini malam tadi, beliau menegaskan bahawa tiada sebab orang bukan Islam membantah pindaan akta itu kerana ia tidak menyentuh hak mereka.

Beliau menarik perhatian bahawa Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa Mahkamah Syariah hanya menyentuh orang Islam sahaja.

“(Namun) Kita mesti ada Mahkamah Syariah yang tinggi tarafnya. Atas kewajipan ini kita perlu tunaikan tanggungjawab (dalam melakukan pindaan itu),” katanya.

Menurut Abdul Hadi, kegagalan sistem undang-undang yang dicipta manusia menjadi antara punca kepada berlakunya kejadian jenayah.

Himpunan 355 adalah bagi memberi penerangan kepada umat Islam mengenai cadangan pindaan terhadap akta berkenaan.

Antara lain, cadangan pindaan itu membabitkan usaha mengenakan hukuman lebih berat bagi kesalahan yang dilakukan orang Islam sahaja dan langsung tidak memberi kesan kepada golongan bukan Islam.

Pada 24 November tahun lepas, Abdul Hadi membawa usul Rang Undang-undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohd Sukri Kaman berkata perhimpunan yang bermula sejak 2 petang tadi itu berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Seramai 2,000 pegawai dan anggota yang terdiri dari pelbagai unit dalam PDRM terlibat dalam penugasan kawalan keselamatan bagi perhimpunan aman itu.

Antara yang hadir dan berucap pada himpunan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, wakil-wakil persatuan bukan Islam dan tokoh-tokoh pendakwah. – BERNAMA

Tags: RUU355
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

18/02/2024
0

KUALA LUMPUR - Sesi libat urus bagi meminda Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) kini di peringkat...

PAS Tunggu PH Bawa RUU 355 Ke Parlimen

19/04/2019
0

KOTA BHARU - PAS akan memberi sokongan padu jika Kerajaan Pakatan Harapan (PH) membawa semula Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd