• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azizul Puas Hati Sambutan Ramai Di Tanjong Datu

oleh Ahmad Albab
18/02/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUNDU – Anak calon Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil (PRK) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan berkata, beliau amat berpuas hati dengan sambutan orang ramai sepanjang tempoh beliau berkempen bagi pihak ibunya Datuk Amar Jamilah Anu.

Beliau berkata berdasarkan pemerhatiannya, ramai penduduk di sekitar DUN ini merasai kehilangan dan amat merindui arwah bapanya Ketua Menteri Sarawak ke-lima Tan Sri Adenan Satem.

Katanya saat paling sayu ketika berkempen ialah ketika orang ramai atau majlis tertentu berhenti bertafakur sejenak sebagai tanda menghormati Allahyarham Adenan.

PRK Tanjong Datu diadakan susulan kematian penyandangnya Adenan, akibat komplikasi jantung pada 11 Jan lalu, di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan.

PRK ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Jamilah, yang merupakan balu Adenan, calon Parti Reformasi Negeri Sarawak (Star), Johnny Aput dan calon Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru, Rapelson Richard Hamit.

Pilihan raya negeri Sarawak ke-11 Mei lalu menyaksikan Adenan, 72, memperoleh 6,360 undi mengalahkan calon PKR, Jazolkipli Numan dengan majoriti 5,892 undi.

Azizul yang ditemui di SJK Chung Hua di sini semasa meninjau perjalanan proses mengundi pagi ini seterusnya menyuarakan keyakinan pengundi Tanjong Datu akan membuat pilihan tepat, untuk terus bersama dengan kepimpinan semasa. – BERNAMA

Tags: PRK Tanjong Datu
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kemenangan Di PRK Tanjong Datu Bukti Rakyat Yakin BN

19/02/2017
0

IPOH - Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu membuktikan bahawa rakyat masih...

Tanjong Datu: Cermin Keyakinan Rakyat Kepada BN

20/02/2017
0

KUALA LUMPUR - Parti komponen Barisan Nasional (BN) menyifatkan kemenangan Datuk Amar Jamilah Anu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd