• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khalid Tepis Dakwaan Lambat Proses Penyerahan Mayat

oleh Ahmad Albab
18/02/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menepis dakwaan Korea Utara bahawa Malaysia sengaja melengahkan proses penghantaran pulang mayat abang pemimpin negara itu, Kim Jong-nam.

Sebaliknya, tegas beliau, selagi ujian deoksiribonukleik (DNA) daripada waris tidak diperolehi bagi melengkapkan siasatan, pihak Korea Utara harus mengikuti peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan oleh negara ini.

Beliau turut menekan bahawa pihak Korea Utara boleh mendapatkan nasihat daripada peguam mereka sekiranya tidak bersetuju dengan tindakan polis.

“Peguam mereka boleh menasihati mereka. Kita mempunyai peraturan di Malaysia…semasa di Malaysia, semua orang perlu mematuhi undang-undang dan peraturan negara ini termasuk Korea Utara,” kata kepada Bernama hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Duta Korea Utara di Malaysia, Kang Chol, semalam yang mendakwa Malaysia sengaja menolak permohonan mereka untuk membawa pulang mayat Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.

Kenyataan Kang Chol kepada pihak media itu dibuat di pekarangan Institut Perubatan Forensik Negara  (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 11.45 malam tadi.

Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat berkata tuntutan terhadap mayat diberi keutamaan kepada waris terdekat bagi memudahkan proses pengecaman.

Bagaimanapun, setakat ini tuntutan hanya diterima daripada pihak kedutaan.

Isnin lepas, Jong-nam, 46, yang membawa dokumen menggunakan nama Kim Chol, berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) menunggu penerbangan ke Macau apabila seorang wanita menyembur sejenis cecair dan menggosok mukanya dengan kain.

Mangsa kemudian ke kaunter perkhidmatan klia2 untuk memohon bantuan perubatan selepas mengadu tidak sihat tetapi dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. – BERNAMA

Tags: khalid abu bakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Hamid Bador, Kini Khalid Abu Bakar Pula

05/05/2021
0

PADA 22.4.2021 bekas Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar telah hantar surat tuntutan (LOD) kepada Tun M. Ia ekoran...

Khalid Abu Bakar Saman Mahathir, Tuntut RM10 Juta

04/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil tindakan undang-undang ke atas Tun Dr Mahathir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd