• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Muda Ditemui Mati Terjun Bangunan

oleh Ahmad Albab
18/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang wanita berusia 21 yang pernah mendapat rawatan psikiatri ditemui mati selepas dipercayai terjun dari tingkat tujuh Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.

Mangsa, Shanina Mohamad Zuhairi, yang sebelum ini pernah mendapat rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, dekat sini, berkunjung ke HRPB sebagai pelawat sebelum ditemui maut oleh orang ramai pada pukul 3.10 petang.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata hasil siasatan awal mendapati tiada elemen berunsur jenayah dalam kejadian tersebut.

“Penelitian kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa telah naik ke tingkat lapan dan merayau-rayau mencari tempat terbuka serta bercakap seorang diri sambil menggerakkan tangannya.

“Mangsa kemudian dilihat turun ke tingkat tujuh selepas kawasan koridor di tingkat lapan tertutup sebelum terjun,” katanya dalam kenyataan di sini lewat malam tadi.

Sementara itu, kakak mangsa, Syahirah, 23, berkata adiknya baru sahaja pulang dari Indonesia, Selasa lalu, bagi mendapatkan rawatan perubatan tradisional selepas mengalami gangguan emosi sejak beberapa bulan lepas.

“Dulu memang dia pernah mendapatkan rawatan psikiatri namun sudah lama berhenti makan ubat kerana doktor memberitahu dia sudah sembuh.

“Namun sejak dia berkahwin enam bulan lalu, penyakitnya itu datang semula dan kami percaya dia terkena gangguan sihir,” katanya ketika ditemui di hospital tersebut.

Ibu mangsa, Zabidah Kintan, 51, yang datang ke hospital tersebut selepas menerima berita mengenai anaknya, pengsan dan dirawat di wad kecemasan selepas melihat mayat anaknya.

Seorang saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Nur, 31, berkata beliau terkejut apabila terdengar bunyi dentuman kuat sebelum terlihat sebuah pasu pecah dan seorang wanita terbaring bersebelahan pasu tersebut. – BERNAMA

Tags: terjun bangunan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 14 Tahun Maut Terjun Tingkat 12 Kondominium

Remaja 14 Tahun Maut Terjun Tingkat 12 Kondominium

30/08/2023
0

KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun disahkan meninggal dunia selepas disyaki terjun dari tingkat 12 sebuah kondominium...

Ketua Balai Polis Jalan Campbell Jadi Hero

Ketua Balai Polis Jalan Campbell Jadi Hero

04/08/2023
0

SEREMBAN: Tindakan pantas Ketua Balai Polis Jalan Campbell di sini yang menarik seorang wanita yang disyaki cuba terjun daripada aras...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd