• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Menteri Besar Selangor Meninggal Dunia

oleh Ahmad Albab
18/02/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Che Tom Yahaya, ibu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meninggal dunia akibat serangan angin ahmar di Hospital Pakar KPJ Damansara dekat sini, pukul 2.14 pagi ini.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei berkata jenazah Che Tom, 82, akan dibawa ke Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Ampang bagi tujuan pengurusan dan solat jenazah sebelum dibawa pulang ke kediaman keluarga di Kampung Klang Gate, Hulu Kelang.

“Jenazah dijangka tiba di Kampung Klang Gate pada pukul 9 pagi dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate pada 11 pagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 11 Februari lepas, Mohamed Azmin dilaporkan pernah berkata bahawa ibunya diserang angin ahmar empat bulan lalu dan dirawat di hospital.

Beliau berkata keadaan Che Tom sebelum ini semakin baik dan hampir dibawa keluar dari unit rawatan rapi ke wad biasa.

Namun, menteri besar itu berkata keadaan ibunya semakin kritikal dan beliau dimaklumkan oleh doktor bahawa keadaan ibunya tenat. – BERNAMA

Tags: Azmin Alimeninggal dunia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat di Surau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd