• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemarau: Pengusaha Tanaman Harumanis Resah

oleh AK-47
18/02/2017
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Musim kemarau bakal tiba meresahkan ratusan penanam mempelam harumanis di Perlis kerana bimbang mengalami kerugian berikutan pokok akan mati jika tidak cukup bekalan air.

Seorang pengusaha mempelam harumanis di Beseri dekat sini, Mokhtar Yahya, 49, berkata walaupun pokok buah itu boleh tahan kemarau tetapi tanah yang terlalu kering akan menimbulkan haba panas menyebabkan pokok mati.

Beliau yang mempunyai lebih 200 pokok harumanis berkata keadaan itu dialaminya dua tahun lalu semasa fenomena El-Nino yang menyebabkan banyak pokoknya mati akibat kekurangan air.

Seorang lagi pengusaha, Senawi Salleh, 63, dari Chuping berkata cuaca panas yang berterusan sejak beberapa minggu lalu boleh menyebabkan pokok mempelam harumanis mati.

Justeru, sebagai persediaan bagi menghadapi kemungkinan berlakunya kemarau panjang, beliau telah menggali beberapa perigi di kebunnya untuk keperluan tanaman harumanisnya.

“Hujan yang berkurangan bagaimanapun membantu menyelamatkan bunga-bunga dan putik harumanis daripada gugur tetapi jika hujan tidak turun untuk satu tempoh tertentu akan menyebabkan tanah merekah dan pokok-pokok mempelam mati,” katanya.

Setiap pokok mempelam harumanis boleh menghasilkan buah bernilai sehingga RM1,000 semusim manakala pokok yang mati akan ditanam ganti dengan pokok baharu yang mengambil masa tiga atau empat tahun untuk mengeluarkan hasil. – BERNAMA

Tags: kemaraumempelam harumanisTanaman Harumanis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Terusan Panama Sesak Susulan Kemarau, 126 Kapal Kargo Tersekat

Terusan Panama Sesak Susulan Kemarau, 126 Kapal Kargo Tersekat

26/08/2023
0

MEXICO CITY - Pihak Berkuasa Terusan Panama (ACP) pada Jumaat berkata masa menunggu untuk transit melalui terusan itu kini dianggarkan...

England Isytihar Kemarau Di Lapan Kawasan

England Isytihar Kemarau Di Lapan Kawasan

14/08/2022
0

LONDON – Lapan buah kawasan di Britain secara rasmi diisytiharkan mengalami kemarau akibat suhu tinggi dan taburan hujan yang rendah,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd