• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Bekalan Air Di Sungai Dua SPU Minggu Depan

oleh AK-47
17/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kira-kira 11,000 pengguna di Sungai Dua, Seberang Perai Utara akan mengalami gangguan bekalan air selama 12 jam bermula 8 pagi pada 25 Februari ini, kata Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Jaseni Maidinsa berkata gangguan itu disebabkan kerja-kerja pemasangan injap pengurang tekanan (PRV) pada paip berhampiran Loji Rawatan Air Sungai Dua.

Kerja-kerja itu dilakukan pada siang hari bagi memastikan pemasangan PRV siap pada masanya dalam tempoh 12 jam, katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun kata beliau, penutupan loji rawatan itu tidak akan menjejaskan bekalan air ke Zon Perdagangan Bebas Kawasan Perindustrian Perai serta kawasan perindustrian lain di tanah besar.

Beliau berkata kawasan terjejas termasuk Taman Merbau Jaya, Taman Merbau Indah, Kampung Petani Sungai Dua, Kampung Tengah Sungai Dua, Lorong Sekolah Menengah Desa Murni, Jalan Pasar Sungai Dua, Jalan Sungai Dua Merbau Kudung, Taman Seri Murni, Taman Pengkalan Machang dan Kompleks Perniagaan Sungai Dua.

Sehubungan itu Jaseni menasihati penduduk terbabit agar menyimpan bekalan air mencukupi pada hari berkenaan.

Beliau berkata pemasangan PRV tersebut bertujuan meminimumkan gangguan bekalan tidak berjadual yang disebabkan paip pecah dan kebocoran bawah tanah pada masa depan. – BERNAMA

Tags: Gangguan Bekalan AirLoji Rawatan Air Sungai Dua
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

10/02/2025
0

IPOH : Gangguan bekalan air yang menjejaskan 50,000 akaun pengguna beberapa kawasan di dua daerah iaitu Batang Padang serta Hilir...

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

13/12/2024
0

GEORGE TOWN - Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd