• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Urus Pembayaran Subsidi Minyak Masak

oleh AK-47
16/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kekurangan bekalan minyak masak di beberapa negeri ketika ini disebabkan kegagalan syarikat pembungkusan mengemukakan dokumen lengkap bagi proses tuntutan subsidi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata beliau telah berbincang dengan Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani bagi menyelesaikan isu pembayaran subsidi kepada syarikat terbabit.

“Ada sedikit masalah teknikal seperti borang (tuntutan daripada syarikat pembungkusan) tidak lengkap.

“Saya sudah pun berbincang dengan Menteri Kewangan II untuk membantu masalah ini, KPDNKK akan ambil alih untuk menyelesaikan dan membayar terus kepada syarikat pembungkusan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab isu kekurangan minyak masak di pasaran selepas menyampaikan amanat 2017 kepada gerakan koperasi, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dekat sini hari ini.

Semalam, KPDNKK turut mengarahkan 48 pasar raya di Kelantan mengehadkan pembelian minyak masak bersubsidi kepada dua kilogram seorang bagi mengatasi kekurangan bekalan bahan asas itu di pasaran ketika ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hamzah Zainuddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pindaan Akta Tangani Penyeludupan Migran

21/02/2022
0

PUTRAJAYA: Penguatkuasaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2022 bermula esok diharap mampu menjadi penyelesaian terbaik menzahirkan usaha Malaysia...

5 Barangan Keperluan Asas Dijamin Tidak Naik

16/04/2018
0

PADANG TERAP - Kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi jaminan bahawa harga barangan lima keperluan asas di negara ini tidak akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd