• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Ipoh Berkas Empat Suspek Kes Samun

oleh AK-47
17/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis Ipoh berjaya memberkas empat suspek kes samun pada hari yang sama selepas mereka menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam di Bercham pada Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata empat lelaki berumur 16 hingga 26 tahun itu ditahan pada kira-kira 4.30 petang pada 12 Feb dalam serbuan berasingan di bandaraya ini, susulan mereka menyamun kedai itu pada 2 pagi.

Katanya siasatan awal mendapatkan mereka baru menubuhkan kumpulan dan melakukan jenayah itu bagi membolehkan mereka menyertai satu kumpulan kongsi gelap dikenali ‘Geng Kok Wai’.

Semasa melakukan jenayah itu, dua daripada lelaki terbabit bersenjatakan parang dan mereka menyamun rokok bernilai RM446 sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Iswara, katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini. hari ini.

Katanya polis merampas pelbagai barangan daripada mereka antaranya telefon bimbit, lapan kotak rokok, tujuh bilah parang serta sebuah kereta Proton Iswara, dan menurutnya keempat-empat suspek direman sehingga Sabtu ini untuk siasatan.

Dalam kes berasingan, Sum berkata polis berjaya menyelesaikan lima kes pecah kereta di sekitar bandar raya ini dengan penahanan dua lelaki berusia 25 dan 26 tahun di Jalan Laksamana, Pekan Baru di sini pada kira-kira 3 pagi juga pada Ahad lepas.

“Anggota polis yang sedang melakukan rondaan di kawasan itu ternampak seorang lelaki sedang memegang lampu suluh dan mendekati sebuah kereta manakala seorang lagi menunggu di dalam sebuah kereta Perodua Viva.

“Sedar akan kehadiran polis mereka cuba melarikan diri, namun kereta mereka berjaya dipintas oleh kereta polis,” katanya sambil menambah polis turut merampas serangkai anak kunci dan pemutar skru.

Menurut Sum, lelaki berusia 25 tahun itu mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes pecah rumah dan dadah.

Katanya tempoh reman kedua-dua mereka berakhir hari ini dan polis akan memohon untuk melanjutkan reman mereka. – BERNAMA

Tags: ACP Sum Chang Keongkes samunsamun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd