• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Hingga 10 Tahun Untuk Pemindahan Buah Pinggang

oleh AK-47
16/02/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pesakit buah pinggang di negara ini perlu menunggu antara lima hingga 10 tahun sebelum tiba giliran mereka bagi mendapatkan rawatan pemindahan organ baharu.

Ketua Pendidikan Awam Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), Maznifah Fatah berkata tempoh yang lama itu adalah kerana ketika ini hanya satu peratus daripada 30 juta penduduk negara ini yang berikrar untuk menderma buah pinggang mereka.

“Ini kerana kurangnya kesedaran orang ramai mengenai kepentingan menderma organ bagi membantu mereka yang memerlukan,” katanya ketika ditemui pada kempen menderma organ di Ibu Pejabat Besraya, Plaza Tol Lok Yew di sini hari ini.

Menurutnya pada masa ini terdapat lebih 19,000 pesakit buah pinggang yang sedang menunggu untuk mendapatkan organ baharu.

Beliau berkata selain pesakit buah pinggang, pesakit lain yang turut menunggu pendermaan organ baharu termasuk pesakit jantung iaitu seramai tujuh orang sementara hati dan paru-paru masing-masing seramai enam orang.

“Oleh itu NKF mengadakan kempen kesedaran bagi memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai kepentingan menderma organ,” katanya.

Sementara itu Ketua Pegawai Unit Perniagaan Besraya (M) Sdn Bhd, Md Zohir Harun berkata program itu dijalankan dengan kerjasama NKF sebagai tanda sokongan mereka dalam menjayakan kempen menderma organ.

“Ini merupakan tahun kedua program seperti ini dijalankan bagi menggalakkan orang ramai dan kakitangan syarikat kami untuk sama-sama menyertainya dan menjadi penderma organ,” katanya.

Seorang kakitangan Besraya (M) Sdn Bhd, Khairunnisa Md Ismail, 30, berkata program itu memudahkan mereka mendapat maklumat mengenai pendermaan organ dan pada masa sama membuat pemeriksaan kesihatan.

“Melalui program seperti ini juga kita boleh mengesan awal tanda-tanda sebarang penyakit sekiranya mempunyai masalah kesihatan,” katanya.

Nor Arif Mustapah, 25, peronda lebih raya Besraya (M) Sdn Bhd pula berpendapat program itu memberi kemudahan kepada mereka untuk membuat pemeriksaan kesihatan tanpa perlu ke pusat kesihatan.

Pada program itu, beberapa pemeriksaan kesihatan diadakan antaranya pemeriksaan buah pinggang, berat badan, mata dan payudara dijalankan secara percuma. – BERNAMA

Tags: buah pinggang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saintis Cipta Buah Pinggang Manusia Daripada Babi

Saintis Cipta Buah Pinggang Manusia Daripada Babi

08/09/2023
0

WASHINGTON - Saintis China telah berjaya mengembangkan buah pinggang mengandungi sel manusia dalam embrio babi, yang pertama di dunia yang...

MGRC Tawar Penjagaan Holistik Buah Pinggang

23/06/2022
0

PETALING JAYA : Malaysian Genomics Resource Centre Bhd (MGRC), mengumumkan ia sudah menguasai 51 peratus kepentingan dalam Aquahealth Sdn Bhd...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd