• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Pohon Batalkan Saman Tony Pua Berhubung 1MDB

oleh AK-47
17/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memohon untuk membatalkan saman oleh Tony Pua Kiam Wee atas alasan saman yang difailkan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara itu bermotifkan politik dan menyalah guna proses mahkamah.

Peguam Nik Alia Hanafi yang mewakili Najib ketika dihubungi pemberita berkata perdana menteri memohon untuk membatalkan saman itu pada 14 Februari lalu juga atas alasan bahawa beliau bukan penjawat awam seperti didakwa Pua dalam writ saman dan pernyataan tuntutannya.

“Tuntutan saman plaintif (Pua) juga tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah,” katanya ketika pengurusan kes saman itu di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O’Hara hari ini yang menetapkan 7 Mac bagi pengurusan kes.

Nik Alia berkata anak guamnya juga berjaya mendapatkan penangguhan bagi memfailkan pernyataan pembelaan sementara permohonan untuk membatalkan saman itu diputuskan oleh mahkamah.

Turut hadir dalam prosiding itu peguam Joanne Chua mewakili Pua dan Peguam Kanan Persekutuan, Zureen Elina Mohd Dom bertindak bagi pihak kerajaan Malaysia yang merupakan defendan kedua dalam saman itu.

Zureen Elina pula berkata kerajaan akan memfailkan permohonan bagi membatalkan saman Pua dan mahkamah memberi masa dua minggu untuk pihaknya memfailkan permohonan itu.

Pua memfailkan saman terhadap Najib dan kerajaan pada 16 Jan lalu atas dakwaan Najib terlibat dalam salah laku pentadbiran awam dan kerajaan membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menuntut ganti rugi am, tambahan dan teladan, faedah, kos serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah. – BERNAMA

Tags: 1MDBDatuk Seri Najib Tun RazakTony Pua Kiam Wee
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin meluahkan rasa kesal terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd