• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADUN DAP Bantah Pengharaman ‘Dego Ride’

oleh AK-47
16/02/2017
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran mengecam keputusan kerajaan mengharamkan perkhidmatan teksi motosikal ‘Dego Ride’ yang dilihat berbahaya kepada orang ramai.

Beliau mendakwa kononnya keputusan kerajaan itu merupakan permainan politik ‘double standard’ ke atas penyedia perkhidmatan ‘Dego Ride’.

“Sebanyak 35 peratus kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal kerana tidak memakai topi keledar.

“Lebih baik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyelesaikan isu ramai penunggang motosikal tidak memakai topi keledar daripada ‘memburu’ ‘Dego Ride’,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam berkata, Kabinet bersetuju dengan keputusan Kementerian Pengangkutan mengharamkan perkhidmatan teksi motosikal ‘Dego Ride’ atas faktor keselamatan.

Menurut Tiong Lai berkata, pihaknya diminta untuk memberi penerangan kepada orang ramai tentang faktor perkhidmatan itu perlu dihentikan.

“Kita tidak akan membenarkan perkhidmatan itu (Dego Ride) terus beroperasi dan saya harap mereka akan menghentikan perkhidmatan ini,” katanya.

Jelas Tiong Lai, walaupun penggunaan motosikal mampu mengelak kesesakan lalu lintas namun ia juga membawa kemudaratan kerana berdasarkan statistik, penunggang motosikal menyumbang kira-kira 62 peratus kepada kemalangan maut pada tahun lepas. – MYNEWSHUB.CC

Tags: adunDAPDego RideRajiv Rishyakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan DAP kebelakangan ini semakin biadap dengan menyanggah titah raja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd