• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Susah Hati Individu Bantah RUU355

oleh AK-47
17/02/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jangan susah hati dan gundah gulana terhadap mereka yang menentang usaha untuk memperkasakan syariah Islam di negara ini walaupun oleh mereka yang mempunyai ilmu Islam.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, usaha melalui Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU355 itu perlu diteruskan.

“Teruskan perjuangan meminda akta 355 yang membolehkan sebahagian hukum Allah S.W.T melibatkan jenayah minum arak, qazaf dan zina dapat ditegakkan. Juga dapat dipertingkatkan kadar hukuman kepada kesalahan takzir di Mahkamah Syariah.

“Usahlah susah hati dan gundah gulana terhadap mereka yang menentang kerana itu adalah sunnah perjuangan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Cadangan PAS untuk meminda akta 355 di Parlimen bagi memperkasakan peranan Mahkamah Syariah di Malaysia dikecam hebat oleh Pakatan Harapan yang dibarisi DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).

Pakatan Harapan mendakwa tindakan PAS itu merupakan langkah halus untuk melaksanakan hukum hudud di Malaysia yang bersifat menindas, ketinggalan zaman, kuno, bercanggah dengan Perlembagaan Negara serta membimbangkan bukan Islam negara ini.

Hasrat PAS itu turut dikecam hebat oleh Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang mendakwa hukum hudud sebenarnya dipermainkan oleh PAS setiap kali menjelang pilihan raya.

Justeru, Mohd. Asri melahirkan rasa kesal kerana PAS masih terus memperjuangkan hudud sedangkan parti itu pernah menyatakan hudud bukan keutamaan sewaktu bekerjasama dalam pakatan pembangkang.

“Yang mengelirukan ialah ketika anda berbaik dengan parti tertentu anda memberi seribu dalil kelebihan parti-parti tersebut. Kemudian apabila anda bertelagah anda menjadikan mereka munafik, keluar jamaah Islam mati jahiliah, musuh Islam dan sebagainya.

“Yang mengelirukan itu ialah apabila ketika anda memenangi beberapa negeri dahulu anda menyatakan hudud bukan keutamaan. Kemudian anda menyatakan sesat, liberal ataupun anti-Islam sesiapa yang mengungkapkan hal yang sama,” kata Mohd. Asri.

Mengulas tohmahan itu, Mohd Khairuddin berkata: “Sesungguhnya syaitan yang menggangu dan membisikkan kejahatan bukan hanya di kalangan jin. Mereka tidak ada hujah melainkan mencipta alasan yang lemah dan saling bercanggahan hanya untuk memuaskan kehendak nafsu dan kepentingan dunia”. – MYNEWSHUB.CC

Tags: RUU355
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

18/02/2024
0

KUALA LUMPUR - Sesi libat urus bagi meminda Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) kini di peringkat...

PAS Tunggu PH Bawa RUU 355 Ke Parlimen

19/04/2019
0

KOTA BHARU - PAS akan memberi sokongan padu jika Kerajaan Pakatan Harapan (PH) membawa semula Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd