• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Lagi Suspek Wanita Ditahan – KPN Khalid

oleh AK-47
17/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan seorang lagi wanita ditahan dipercayai mempunyai kaitan dengan kematian seorang lelaki Korea Utara bernama Kim Chol.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Bernama pagi ini, namun ketika ditanya mengenai butiran lanjut berhubung penahanan itu seperti kewarganegaraan, beliau berkata satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata pihaknya akan melakukan beberapa siri tangkapan susulan penahanan suspek pertama, semalam.

“Saya boleh katakan polis mempunyai maklumat yang mengaitkan suspek pertama yang kita tahan semalam dengan kematian lelaki terbabit.

“Polis sedang giat mengesan beberapa lagi individu yang boleh dikaitkan dengan kes ini,” katanya kepada Bernama.

Semalam, polis menahan seorang wanita warga Vietnam, Doan Thi Huong, 29, ketika keseorangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada pukul 8.20 pagi.

Isnin lepas, Kim Chol yang dipercayai abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dilaporkan berada di klia2 pada pukul 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau pada 9 pagi.

Beliau dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dari klia2 setelah mengadu kurang sihat.

Media asing melaporkan Kim Chol sebenarnya ialah Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara itu. -BERNAMA

Tags: Kim CholTan Sri Khalid Abu Bakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Seluar Dalam Kim Chol Dipenuhi Najis Kesan Agen VX

27/11/2017
0

SHAH ALAM - Seorang pakar hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa seluar dalam Kim Chol atau Kim Jong-nam,...

Mahkamah: Kim Chol Disahkan Rakyat Korea Utara

25/10/2017
0

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Kedutaan Republik Rakyat Demokratik Korea telah mengesahkan Kim Chol...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd