• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Putrajaya Bermandi Cahaya Sempena Lampu 2014 Bulan Depan

oleh Ahmad Albab
28/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Putrajaya bakal bermandikan cahaya selama tiga hari mulai 12 Dis ini sempena penganjuran ‘Light and Motion Putrajaya’ (LAMPU) 2014, yang mampu menyerlahkan keindahan dan keunikan seni bina bangunan dan struktur utama di pusat pentadbiran negara itu.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata program itu melibatkan sebahagian Persiaran Perdana, Dataran Putrajaya, Kompleks Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Sisiran Tasik di Presint 2 dan 3.

Bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Menara Usahawan, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, pintu gerbang PPj dan Istana Kehakiman antara bangunan yang akan bermandi cahaya, katanya pada sidang media sempena prapelancaran LAMPU 2014 di sini, hari ini.

Program itu, yang bermula dari 7.30 petang hingga 12 tengah malam, akan mengetengahkan acara seperti permainan pencahayaan interaktif, pameran automotif bercahaya, kayuhan basikal serta beca bercahaya, mini IT ekspo, pertunjukan wayang kulit serta pertandingan fotografi.

Penganjuran festival itu mirip kepada Festival Cahaya Antarabangsa yang sering dianjurkan bandar raya terkemuka dunia seperti Festival Cahaya Lyon, Festival Cahaya Amsterdam, Festival Cahaya Berlin serta festival cahaya terkemuka Eropah, ‘Matters’.

“Semoga penganjuran ini akan menjadikan Putrajaya dikenali di persada dunia dan mampu menarik lebih ramai pelancong,” katanya.

Loga Bala menjangka LAMPU 2014 dapat menarik kehadiran kira-kira 100,000 pengunjung. – BERNAMA

Tags: Putrajaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Setuju Projek Jajaran Baharu  Lebuhraya Pantai Barat Secara Penswastaan

Kerajaan Setuju Projek Jajaran Baharu Lebuhraya Pantai Barat Secara Penswastaan

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Ke-50 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini...

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

27/03/2026
0

PUTRAJAYA – Aduan berkaitan kehadiran babi hutan di sekitar Jalan P9A, Presint 9 kini sedang diambil tindakan oleh pihak berkuasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd