• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Olimpik Tokyo: CIMB Penaja Baru Azizulhasni

oleh AK-47
15/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas kontrak bersama Yayasan Sime Darby tamat, dua pelumba berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa menerima suntikan semangat daripada Kumpulan CIMB yang kini menjadi penaja utama mereka.

Penajaan itu juga seiring dengan pembentukan pasukan CIMB Pro-Cycling yang akan membantu mereka merealisasikan impian bergelar juara pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.

Pasukan yang baru dibentuk itu turut disertai dua pelumba muda Terengganu, Siti Nur Alia Mansor, 16, dan Muhammad Khalid Nasiruddin, 18, bersama ketua jurulatih trek negara, John Beasley.

Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata populariti berbasikal yang semakin meningkat mendorong CIMB menyertai sukan ini dengan harapan dapat melahirkan juara.

“Kami menyediakan landasan bagi bakat ini memenuhi potensi yang ada,” katanya pada majlis pengumuman pasukan CIMB Pro-Cycling di sini, hari ini.

Menurutnya, sebelum ini CIMB sering memberi penekanan dalam melahirkan bakat atlet di seluruh Asia Tenggara menerusi sukan skuasy, golf, bola sepak serta paralimpik.

Ditanya mengenai jumlah penajaan, beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah itu, sebaliknya menyatakan sokongan yang diberi termasuk dari segi kewangan bagi memenuhi keperluan pasukan dalam mengadakan persiapan dan pertandingan menjelang Sukan Olimpik.

Sementara itu, Azizulhasni yang sebelum ini bersama Yayasan Sime Darby selama lapan tahun bersyukur dengan penajaan baharu tersebut yang dilihat lebih menepati perancangannya untuk ke Sukan Olimpik Tokyo.

“Secara umumnya, penajaan CIMB bukan hanya untuk kami capai prestasi terbaik semata-mata tetapi dari segi sokongan kewangan untuk bertanding di dalam dan luar negara juga,” katanya. – BERNAMA

Tags: CIMBFatehahOlimpik Tokyo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Liu Ying, Khairul Anuar Pembawa Jalur Gemilang Di Olimpik Tokyo

04/05/2021
0

BUAT pertama kalinya Malaysia akan menampilkan dua pembawa bendera di Sukan Olimpik yang dijadualkan dari 23 Julai hingga 8 Ogos...

Auto Debit Bayaran Pinjaman Bank Sepatutnya Tak Berlaku

05/04/2020
0

PUTRAJAYA - Pemotongan auto debit melalui akaun bank tidak sepatutnya berlaku bagi pinjaman perbankan selari dengan penangguhan bayaran dilakukan oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd