• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Penyokong Fanatik P.Pinang Mengaku Salah Merusuh

oleh Ahmad Albab
15/02/2017
dalam Jenayah, Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NIBONG TEBAL – Empat penyokong fanatik bola sepak Pulau Pinang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Jawi di sini atas tuduhan merusuh di Stadium Negeri Batu Kawan minggu lepas.

Muhamad Shahrin Abdullah, 19, Hafizi Harun, 31, Muhammad Faizrul Iqmal Zulkifli, 20, dan Abu Halim Yusof, 19, didakwa secara bersama mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, semua mereka didakwa merusuh di Stadium Negeri Batu Kawan pada 11.30 malam, 11 Februari lalu selepas perlawanan bola sepak antara pasukan Pulau Pinang dan Sarawak.

Majistret Shamshol Azwa Martadza menjatuhkan hukuman denda RM7,000 dan penjara dua minggu dari tarikh tangkap terhadap semua tertuduh.

Sementara itu tertuduh ketiga, Muhammad Faizrul Iqmal turut berhadapan tuduhan memiliki bahan letupan pada hari, masa dan tempat yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Muhammad Faizrul Iqmal turut mengaku salah atas pertuduhan itu dan dijatuhi hukuman penjara dua minggu dari tarikh tangkap dan denda RM6,000.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afiq Nazrin Zaharinan, manakala semua tertuduh kecuali Abu Halim diwakili peguam Foo Siew Peng. Abu Halim diwakili Harbajhan Kaur.- BERNAMA

Tags: Rusuhan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rusuhan Kuil Sri Mariamman, 17 Lelaki Dibebaskan

Rusuhan Kuil Sri Mariamman, 17 Lelaki Dibebaskan

27/06/2023
0

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret hari ini melepas dan membebaskan 17 lelaki atas tuduhan merusuh di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ...

Empat Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kejadian Merusuh

Empat Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kejadian Merusuh

26/03/2023
0

PETALING JAYA : Polis menahan empat lelaki bagi membantu siasatan kejadian merusuh di hadapan sebuah restoran di Seksyen 5, Bandar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd