• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Saman Terhadap Bekas Peguam Negara 25 Mei

oleh Ahmad Albab
15/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 25 Mei dan 13 Jun untuk perbicaraan kes saman Nik Nazmi Nik Ahmad terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan kerajaan berhubung dakwaan salah laku kerana mendakwanya buat kali kedua mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Roslan Abu Bakar menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Syahredzan Johan mewakili Nik Nazmi selaku plaintif dan Peguam Kanan Persekutuan Zureen Elina Mohd Dom, mewakili Abdul Gani dan kerajaan selaku defendan dalam saman itu.

Syahredzan ketika ditemui pemberita berkata mahkamah juga menetapkan 15 Mac untuk pengurusan kes itu.

Pada 31 Mac 2015, Nik Nazmi, menyaman Abdul Gani yang ketika itu Peguam Negara atas dakwaan telah melakukan pendakwaan yang berniat jahat kerana mendakwanya di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya buat kali kedua pada 6 Mei 2014, walaupun Mahkamah Rayuan pada 25 April 2014 membenarkan permohonannya untuk menggugurkan pertuduhan yang dihadapi mengikut Akta Perhimpunan Aman.

Dalam pernyataan tuntutannya, Nik Nazmi mendakwa sebelum ini beliau telah didakwa di Mahkamah Sesyen yang sama pada 17 Mei 2013 atas tuduhan menganjurkan perhimpunan program penerangan negeri Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 8 Mei 2013, mengikut akta sama.

Dakwa Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Selangor itu lagi, pada 6 Mei 2014, mahkamah telah melepaskan tanpa membebaskannya daripada tuduhan itu atas alasan terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman diisytiharkan batal dan tidak sah kerana tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Nik Nazmi mendakwa tindakan Abdul Gani mendakwanya buat kali kedua bagi pertuduhan sama menyebabkan reputasinya tercemar serta menggambarkan beliau sebagai seorang penjenayah dan menuntut ganti rugi khas sebanyak RM80,000, ganti rugi am, teruk dan teladan, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. – BERNAMA

Tags: Nik Nazmi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada...

El-Nino Dijangka Berterusan Hingga Julai – Nik Nazmi

El-Nino Dijangka Berterusan Hingga Julai – Nik Nazmi

02/05/2024
1

KOTA BHARU : Fenomena El Nino atau cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini, dijangka berterusan sehingga Julai. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd