• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nora, Nedim Bakal Berkahwin Tahun Ini

oleh AK-47
15/02/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HUBUNGAN cinta yang terjalin antara aktres popular, Nora Danish dengan seorang jejaka yang merupakan anak menteri kabinet, Nedim Nazri sememangnya bukan lagi rahsia.

Setelah bertahun-tahun menyulam cinta, Nora akhirnya mengesahkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan Nedim pada tahun ini.

Pun begitu, pelakon drama Puteri ini belum lagi bersedia berkongsi butiran mengenai majlis sejarahnya itu termasuk tarikh rasmi.

“Ya saya memang akan berkahwin tahun ini. Cuma buat masa sekarang saya belum boleh berkongsi lebih lanjut.

“Insya-Allah jika semuanya sudah selesai saya bersedia untuk menguar-uarkan kepada semua. Jangan risau saya pasti berkongsi berita gembira ini,” katanya kepada Harian Metro.

Malah, dia juga enggan memberi bayangan sama ada majlis itu bakal  berlangsung sebelum sambutan Aidilfitri atau tidak.

Sementara itu, Nora memberitahu, selepas berkahwin dia akan mula memperlahankan aktiviti lakonannya.

“Selepas berkahwin saya mahu memberi fokus kepada perniagaan pula. Kalau berlakon pun tak kerap macam sekarang.

“Cuma kalau boleh tahun ini saya nak berlakon sebuah drama bersiri. Bagi saya ia perlu bagi mengekalkan nama dalam industri.

“Tambahan pula saya memiliki perniagaan, jadi saya tak boleh berhenti terus,” katanya yang ditemui media pada malam tayangan filem Surga Yang Tak Dirindukan 2.

Terdahulu, Nora memberitahu majlis perkahwinannya akan diadakan secara ringkas sahaja.

Tags: Nora Danish
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Puji Nora Danish Masih Cantik Berimej Botak

30/09/2018
0

PELAKON Nora Danish mengejutkan peminat apabila dia memuat naik gambarnya dengan imej berkepala botak di Instagram pada Ahad. Bagaimanapun, menerusi...

Tak Tahan Anak Kena Kutuk, Nora Tampil ‘Sound’ Netizen

05/06/2018
0

BUKAN mudah bergelar selebriti kerana apa sahaja yang dilakukan pasti mendapat perhatian netizen termasuklah pelakon, Nora Danish yang sering menjadi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd