• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasar Pencuri Terbesar, Tertua Singapura Ditutup

oleh
14/02/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Jika belum pernah mengunjungi pasar lambak Sungei Road, anda ada tempoh hingga 10 Julai ini sebelum ditutup, menandakan berakhirnya satu era bagi kebanyakan warga Singapura.

Pasar lambak paling besar dan dianggap sebagai tertua di republik itu sudah beroperasi lebih 80 tahun apabila ia mula muncul sebagai lokasi perdagangan kecil-kecilan di Sungei Road pada tahun 1930 ketika era penjajahan.

Ia kemudian mendapat gelaran sebagai Thieves Market atau pasar pencuri disebabkan reputasi buruknya dalam kalangan penjual barangan haram yang dicuri atau diseludup masuk selepas zaman pendudukan tentera Jepun.

Namun pada 14 Februari, pihak berkuasa mengeluarkan kenyataan bersama yang menyatakan bahawa lokasi pasar jalanan tersebut bakal digunakan bagi “persediaan kerja-kerja pembangunan perumahan masa akan datang”

Ia diterbitkan oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga, Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG), Lembaga Warisan Negara (NHB) serta Pasukan Polis Singapura (SPF).

Pasar Pencuri Terbesar, Tertua Singapura Ditutup

“Meskipun Zon Penjaja Sungei Road (SRHZ) penuh sejarah meninggalkan memori indah buat rakyat Singapura, lokasi itu sudah berubah dari segi profil penjual dan pembeli serta jenis barangan dijual,” menurut agensi terbabit.

Pihak pemerintah dilaporkan sudah pun muktamad membuat penilaian perniagaan di jalan raya seperti itu hanya dibolehkan di lokasi ditetapkan dan bukan diadakan secara tetap bagi mengurangkan ketidakselesaan orang ramai.

SRHZ adalah nama rasmi lokasi pasar lambak Sungei Road yang beroperasi dari jam 1 tengah hari hingga 7 petang. Ia menempatkan kira-kira 200 peniaga dengan 70 peratus daripada mereka merupakan warga emas usia lanjut.

Bantuan bakal disediakan buat para penjaja dengan NEA malah ia menawarkan pilihan mengendalikan kedai di pusat penjaja kepada 11 pemegang permit yang berdaftar di lokasi itu. Kadar sewanya juga diberikan subsidi.

Pasar Pencuri Terbesar, Tertua Singapura Ditutup

Sementara itu pihak WSG juga akan menyediakan khidmat pengambilan pekerja di bawah skim sedia ada kepada penjual yang layak dan mungkin memerlukan bantuan untuk penempatan sektor kerjaya bersesuaian.

Mereka yang berdaftar dengan SPF di bawah Akta Penjual Barangan Terpakai perlu menyerahkan alamat lokasi perniagaan baharu jika mahu terus menjual barangan terpakai di tempat lain, menurut kenyataan media itu lagi.

Oleh kerana SRHZ memiliki sejarah panjang, NHB menyatakan pihaknya sudah memulakan kajian dan proses dokumentasi mengenai pasar itu dan pemilik gerainya bagi memelihara sejarah untuk generasi masa akan datang.

Ini termasuk mewujudkan program lawatan realiti secara maya yang disediakan menerusi laman sesawang NHB iaitu Roots.sg sebelum pasar tersebut ditutup secara rasmi buat selama-lamanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Singapura
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd