SYARIKAT pelancongan Five Estec Travels Services Sdn. Bhd. dengan kerjasama Mynewshub menawarkan pakej istimewa kepada anda yang ingin menikmati keindahan bumi Uzbekistan dengan harga serendah RM5,380 seorang.
Siri kembara selama 8 hari 6 malam itu bermula dari 15 hingga 22 Mac ini.
Harga yang ditawarkan Five Estec Travel itu merangkumi kesemua urusan pelancongan seperti tiket penerbangan pergi dan balik, tiket penerbangan domestik, penginapan, pengangkutan serta yuran dan visa berkaitan sepanjang penggembaraan di negara terbabit.
Untuk keselesaan ahli rombongan, Five Estec Travel menyediakan hotel bertaraf empat bintang seperti Le Grande, Asia Bukhara dan Asia Samarkand serta kemudahan pengangkutan untuk bergerak ke lokasi kembara.
Kembara ke bumi Balkan itu akan membawa anda menyelusuri tiga bandar utama negara bekas jajahan Rusia itu iaitu Tashkent, Bukhara dan Samarkand yang pasti menjanjikan pengalaman luar biasa.
BUKHARA
Ahli rombongan akan menaiki penerbangan domestik dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tashkent ke Bukhara yang mengambil masa selama satu jam dengan jarak perjalanan 435 kilometer (km).
Di Bukhara anda akan dibawa melawat Ismael Samani Mouseleum-Vault of Bukhara rules dynasty, Chashma Ayub Mausoleum, Bolo-Khauz komplek dan Registan Ark Fortress.

Malah anda juga akan berpeluang ke kompleks senibina Poi-Kalyan termasuk Menara Kalyan serta ziarah khas ke Madrasah Mir Arab yang dibuka seawal kurun ke-16 yang menjadi pusat pengajian yang telah melahirkan ribuan ilmuan Islam.
Selain itu, anda akan ke Emir-Alim-Khan Madrassah, Trading Domes, Madrassah, Masjid Magoki Attari dan juga melawat Lyabi Khauz Kukeldash.
SAMARKAND
Dari Bukhara anda akan dibawa ke Samarkand yang memakan masa lebih dari tiga jam dengan perjalanan sejauh 276 km.
Sepanjang perjalanan, anda akan berkunjung ke ladang buah ceri dan anggur kemudiannya ke Gijduvan Ceramic Masters untuk melihat seni pembuatan Potery atau pasu.
Dalam pada itu, anda juga berpeluang menziarahi makan dan Masjid Imam Al-Bukhari; pengarang kitab hadis Sahih Al-Bukhari serta membeli-belah di bazar Siyob.

Manakala ketika di bandar Samarkand pula anda akan melawat Gur Emir Mausoleum, Registan Square (Ulugbek, Shirdor, Madrasah Tillya Kori), Masjid Bibikhanum dan Shahi Zinda.
TASHKENT
Setelah meneroka keindahan bandar Bukhara dan Samarkand, anda akan dibawa pulang ke ibu kota Uzbekistan iaitu Tashkent; sebuah kota metropolitan yang masih kaya dengan tinggalan sejarahnya.
Di Tashkent, anda akan ke The Kafifal Shahsi Mauseloum, komplek al-Quran Imam Khasti iaitu tempat di mana tersimpannya al-Quran Mushaf Usmawi yang berusia 644 hingga 656 tahun dan kemudian bergerak ke Barak Khan Madrassah, Imam Bukhari High Religious School,Tilla Sheikh Mosque dan Museum of Islamic Manuscripts.
Malah anda juga berpeluang menikmati keindahan puncak pergunungan Chimgan sebelum bergerak ke Charvak iaitu sebuah takungan air buatan terbesar di negara tersebut.

Sebelum tirai kembara dilabuhkan, anda juga akan ke Mustakilik (Independence) Square, Theatrical Square- Navoi Opera & Ballet Theatre, Amir Temur Square dan Tashkent Metro iaitu iaitu stesen kereta api bawah tanah yang dibina oleh kerajaan Soviet Union.
Buat anda yang ingin mendapatkan penjelasan terperinci mengenai pakej percutian yang ditawarkan, bolehlah merujuk kepada Adzlan menerusi talian 0123335737.
Bagi yang berminat, bayaran deposit sebanyak RM1,000 seorang dikenakan semasa pendaftaran dan bayaran penuh pula perlu dijelaskan 30 hari sebelum berlepas sama ada secara tunai atau cek kepada akaun Five Estec Travels Services Sdn. Bhd. (RHB : 214174-000-31853). – MYNEWSHUB.CC

