• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Selamatkan Lima Kru Bot Alami Kerosakan Enjin

oleh AK-47
14/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyelamatkan lima kru sebuah bot jenis katamaran yang mengalami kerosakan enjin ketika membawa sembilan pemancing di kawasan perairan berhampiran Pulau Batu Sapi, petang semalam.

Pengarah APMM Kota Kinabalu, Laksamana Pertama Maritim, Adam Aziz berkata kesemua kru bot berkenaan tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sepanggar kira-kira 10 malam dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Semasa memancing, kedua-dua enjin bot berkenaan mengalami kerosakan. Pihak Sutera Harbour Resort kemudian menghantar dua bot untuk memberi bantuan selepas dihubungi pemilik bot berkenaan. Sembilan pemancing berkenaan kemudian berjaya dibawa balik ke jeti Sutera Harbour.

Lima kru bot yang mengalami kerosakan berkenaan bagaimanapun enggan menaiki bot penyelamat yang dihantar pihak Sutera Harbour dengan alasan ingin memperbaiki enjin bot itu terlebih dahulu, kata Adam.

Bagaimanapun katanya, APMM terpaksa menghantar sebuah aset penyelamat pada 5.25 petang selepas pemilik bot berkenaan menghubungi APMM untuk mendapatkan bantuan kerana bimbang dengan keselamatan lima krunya akibat keadaan cuaca buruk dan laut bergelora.

Kesemua lima kru bot berkenaan kemudian dibawa keluar dari pangkalan TLDM Sepanggar oleh pemilik bot berkenaan pada 11 malam.

Adam menasihati komuniti maritim agar sentiasa memastikan bot mereka sentiasa dalam keadaan baik sebelum keluar ke laut selain melengkapkan bot dengan alat telekomunikasi serta jaket keselamatan yang mencukupi sebagai langkah keselamatan. – BERNAMA

Tags: APMMPulau Batu Sapi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd