• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Public Mutual Umum Agihan RM285 Juta Untuk Lapan Dana

oleh Ahmad Albab
28/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Public Bank Bhd, anak syarikat milik penuh Public Mutual Bhd, mengumumkan agihan sebanyak RM285 juta untuk lapan dana bagi tahun kewangan berakhir 30 Nov, 2014.

Public Islamic Infrastructure Bond Fund menerima agihan kasar paling tinggi iaitu 4.50 sen seunit diikuti Public Islamic Sector Select Fund 2.75 sen seunit, Public Select Alpha-30 Fund (2.25 sen seunit) manakala masing-masing Public Dividend Select Fund dan Public Far-East Dividend Fund 1.00 sen seunit dan 0.40 sen seunit.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat unit amanah itu berkata Public Islamic Infrastructure Bond Fund melabur dalam sukuk membabitkan syarikat di sektor prasarana bagi menjana pendapatan tahunannya.

Public Select Alpha-30 Fund pula menyasar untuk mencapai pertumbuhan modalnya bagi tempoh jangka sederhana dan panjang menerusi pelaburan sehingga maksimum 30 saham utama disenaraikan di Sekuriti Bursa Malaysia.

Public Islamic Sector Select Fund berhasrat meningkatkan modal jangka panjangnya dengan melabur dalam portfolio saham yang menepati syarat patuh Syariah daripada sektor pasaran tempatan.

“Kedua-dua Public Dividend Select Fund dan Public Far-East Dividend Fund pula menyasarkan menjana pendapatan dengan pelaburan dalam portfolio saham yang mampu memberi pulangan dividen menarik. Ini adalah agihan sementara bagi Public Dividend Select Fund,” katanya.- BERNAMA

Tags: Public Mutual
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebutan Semula Kes Bung Moktar, Zizie Izette 4 Julai

10/06/2019
0

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 4 Julai depan untuk sebutan semula kes Anggota Parlimen Kinabatangan,...

Public Mutual Umum Agihan RM86 Juta Bagi 10 Dana

01/01/2019
0

KUALA LUMPUR – Anak syarikat milik penuh Public Bank Bhd, Public Mutual mengumumkan agihan berjumlah lebih RM86 juta bagi 10...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd