• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembinaan ECRL Bakal Ubah Landskap Bentong – PM

oleh AK-47
14/02/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak percaya pembinaan Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) bakal mengubah landskap Bentong, dengan ekonomi kawasan itu akan menjadi lebih terbuka melalui akses yang diwujudkan.

Perdana menteri berkata potensi Bentong dapat direalisasikan dengan pembangunan pesat akan dapat dibawa ke kawasan itu melalui pembinaan projek ECRL, yang menghubungkan Tumpat dan Kuantan dengan Kuala Lumpur, serta projek Central Spine Road (CSR) Bentong Bypass.

“Bayangkan perjalanan antara Bentong dan Gombak hanya akan mengambil masa 25 minit dengan menaiki ECRL berbanding 90 minit dengan menaiki kereta melalui Lebuhraya Karak.

“Ini membolehkan Bentong menjadi bandar satelit kepada Greater Kuala Lumpur,” katanya dalam catatan terbaharu di laman blognya, www.najibrazak.com malam ini.

Pembinaan ECRL Bakal Ubah Lanskap Bentong - PM

Beliau berkata demikian susulan lawatannya ke Bentong sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina 2017 di Dataran Bentong, yang dihadiri kira-kira 20,000 penduduk daripada pelbagai kaum, semalam.

Beliau berkata selain Seremban, Bentong juga bakal menjadi destinasi menarik sebagai salah satu kawasan untuk didiami bagi mereka yang bekerja di Kuala Lumpur.

Lebih daripada itu, industri-industri seperti ekopelancongan bakal diberi nafas baharu dengan wujudnya sistem perhubungan yang holistik, katanya.

“Dari segi rancangan pembangunan, saya lihat Bentong sebagai sebuah bandar berpotensi tinggi disebabkan beberapa faktor utama, antaranya kekayaan bandar ini dengan sumber alam semulajadi yang menjadi tarikan kepada pelancong selain lokasinya yang strategik.

“Peluang-peluang sebegini sudah semestinya akan meningkatkan taraf hidup masyarakat Bentong kelak yang sebelum ini banyak terlibat dalam kegiatan ekonomi tradisional seperti perladangan dan pertanian,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakECRL
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin meluahkan rasa kesal terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd