• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin DAP Tidak Gembira Dengan Kit Siang, Guan Eng

oleh Ahmad Albab
14/02/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata peletakan jawatan empat wakil rakyat DAP Melaka membuktikan pemimpin akar umbi parti itu tidak gembira dengan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang bersekongkol dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata rasa tidak puas hati terhadap Kit Siang dan Setiausaha Agung Lim Guan Eng nampaknya kini telah mencapai kemuncaknya.

Kredibiliti dan integriti DAP dan Pakatan Harapan, katanya telah terjejas sejak dua tahun lepas berikutan pakatan yang wujud antara Dr Mahathir dan Kit Siang.

“Semua kejayaan yang dicapai pembangkang pada 2008 dan 2013 bakal hilang pada pilihan raya umum akan datang,” kata Salleh dalam catatan terbaru beliau dalam sskeruak.blogspot.my malam tadi.

Menteri itu berkata Dr Mahathir dan Kit Siang “telah menunjukkan kekurangan prinsip dan moral mereka apabila mereka kini saling sepakat, sedangkan sebelum ini mereka banyak mengutuk dan mengkritik antara satu sama lain”.

Tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang Anggota Parlimen DAP Melaka keluar daripada parti semalam.

ADUN berkenaan ialah Lim Jak Wong (Bachang), Cin Choon Seong (Kesidang) dan Goh Leong San (Duyong) manakala Anggota Parlimen ialah Sim Tong Him (Kota Melaka).

Salleh berkata terdapat juga orang Melayu yang menyokong Pakatan tetapi tidak gembira dengan peranan Dr Mahathir dalam pembangkang.

Beliau berkata tiada siapa yang boleh meragui bahawa Dr Mahathir dan Kit Siang menggunakan agenda politik peribadi dengan mengorbankan kepentingan pengundi.

Salleh percaya pengundi akan menterjemahkan kekecewaan mereka itu pada pilihan raya umum akan datang. – BERNAMA

Tags: DAPSalleh Keruak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Untunglah DAP Madani Selamatkan Kamu” – Azrul Abu Hasan

“Untunglah DAP Madani Selamatkan Kamu” – Azrul Abu Hasan

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan mendakwa DAP masih kekal bersama kerajaan Madani berkait...

UEC Diterima Madani Masuk IPTA? Jika Benar Hebatlah DAP – Annuar

UEC Diterima Madani Masuk IPTA? Jika Benar Hebatlah DAP – Annuar

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa secara sinis memuji kehebatan DAP dalam kerajaan. Ia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd