• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkasa Hubungan Masyarakat Islam & Bukan Islam

oleh Ahmad Albab
12/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia terus memperkasakan hubungan harmoni ke arah membina sebuah negara yang mapan.

Sehubungan itu, baginda mahu semua bangsa terus belajar memahami satu sama lain termasuk mengharmonikan budaya dan adat masing-masing.

“Islam adalah agama yang penuh dengan rahmat untuk seluruh umat manusia.

Martabat dan kemuliaan seseorang terletak pada kepatuhan terhadap Allah SWT. Masyarakat Cina mungkin merasakan Islam tidak dekat dengan mereka.

“Di Malaysia, orang Melayu mendominasi Islam dan mungkin sukar bagi orang Cina membezakan antara Islam dan budaya Melayu walaupun sebenarnya ada antaranya adalah budaya seperti masyarakat Cina dengan pakaian cheongsam dan kuih bakul,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina bagi Muslim Cina peringkat negeri di sini, malam tadi.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Penceramah tersohor Dr. Zakir Naik dan Sheikh Hussain Yee adalah antara 400 tetamu yang hadir memeriahkan sambutan tersebut.

“Islam tidak menegah budaya atau adat selagi tidak bercanggah dengan prinsip Islam seperti adat yang berunsur syirik, khurafat dan yang meruntuhkan akhlak,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berharap majlis julung kali dianjurkan oleh MAIPs itu dapat mendekatkan lagi kaum Cina dengan Islam. – BERNAMA

Tags: masyarakatRaja Muda Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

10/04/2026
0

PUTRAJAYA - Masyarakat diminta mengamalkan gaya hidup lebih berjimat dan sederhana dalam menghadapi tekanan krisis tenaga global ketika ini. Menteri...

Dari ‘Jeff I Kill My Brother’ Ke Realiti Hari Ini: Tragedi Pemandu Mabuk Masih Berulang

Dari ‘Jeff I Kill My Brother’ Ke Realiti Hari Ini: Tragedi Pemandu Mabuk Masih Berulang

31/03/2026
0

RAKYAT tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang senada menuntut tindakan lebih tegas dan serius diambil bagi menangani isu pemandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd