• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Jadikan Majlis Keagamaan Pentas Politik

oleh Ahmad Albab
12/02/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEGAMAT – Tindakan DAP mempergunakan majlis keagamaan seperti sambutan Thaipusam di Pulau Pinang beberapa hari lepas, perlu dikawal agar tidak berulang kerana ia suatu tindakan yang tidak sepatutnya berlaku.

Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, agama adalah sesuatu di luar bidang politik, dan parti politik tidak sepatutnya menggunakan perayaan keagamaan sebagai pentas untuk menyampaikan ceramah politik.

“Saya tidak kisah sekiranya mereka (parti pembangkang) memberi ceramah politik pada majlis ceramah politik.

“Namun, apabila mereka menggunakan majlis keagamaan untuk berpolitik, ia tidak betul kerana orang ramai datang ke majlis itu untuk menunaikan ibadat dan bukannya berpolitik,” katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Dr Subramaniam berkata demikian ketika hadir pada majlis sambutan perayaan Ponggal peringkat Parlimen Segamat di Taman Desa India dekat sini.

Beliau berkata, tindakan parti pembangkang yang seolah-olah memaksa orang ramai mendengar ceramah politik pada sambutan Thaipusam itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

“Jika perkara ini terus dibiarkan, parti politik lain akan turut melakukan perkara yang sama dengan menggunakan majlis sambutan keagamaan untuk tujuan kepentingan politik masing-masing,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, perayaan Ponggal yang disambut oleh masyarakat India di negara ini, adalah bagi memupuk semangat perpaduan dan kerjasama.

“Pada kali ini, kita buat sedikit perubahan pada sambutan Ponggal peringkat Parlimen Segamat dengan menjadikannya majlis perpaduan apabila semua penduduk Taman Desa India dan kawasan sekitar turut mengambil bahagian,” katanya.

Beliau berkata, pada sambutan kali ini juga, acara perarakan kebudayaan melawat lebih 40 buah rumah di Taman Desa India sebagai simbol kepada perpaduan masyarakat.

“Pada perayaan Ponggal hari ini, setiap rumah menyumbangkan sedikit beras dan ia mampu memupuk semangat bersama apabila semua orang terlibat dalam sambutan ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr S.Subramaniamkeagamaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Tak Halang Sambut Ponggal Di Sekolah

15/01/2020
0

PETALING JAYA - Kementerian Pendidikan tidak menghalang perayaan itu diadakan di sekolah, malah menggalakkan penyertaan warga sekolah dalam semua aktiviti...

Ponggal Bukan Perayaan Keagamaan – Gobind

15/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo menjelaskan bahawa Ponggal bukan satu perayaan atau acara keagamaan. Beliau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd