• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Kes Kesihatan Mental Meningkat Di Labuan

oleh Ahmad Albab
12/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Jumlah kes kesihatan mental di pulau bebas cukai ini menunjukkan peningkatan mendadak dari 2013 hingga tahun lepas, sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Statistik Jabatan Kesihatan Labuan menunjukkan jumlah pesakit pada 2013 seramai 614 orang meningkat kepada 1,310 pada 2016, iaitu peningkatan sebanyak 113.35 peratus.

Angka 2016 itu juga menunjukkan peningkatan 30.6 peratus berbanding 1,003 pesakit yang direkodkan pada 2015.

Dalam kenyataannya kepada Bernama, jabatan itu menjelaskan jumlah kanak-kanak di bawah 10 tahun dengan sakit mental seperti autisme, masalah pembelajaran, gangguan pemusatan perhatian dan hiperaktif (ADHD), kecacatan akal dan masalah tingkah laku, pada tahun lepas adalah 196 kes.

Remaja dengan gangguan mental seperti krisis keremajaan dan kemurungan yang berumur antara 10 dan 19 tahun pula merekodkan 144 kes.

Orang dewasa antara umur 20 dan 59 tahun dengan pelbagai masalah mental pula mencatatkan 801 kes manakala orang dewasa berusia 60 tahun ke atas yang mengalami gangguan kebimbangan, kemurungan dan dementia pula sebanyak 169 kes.

Menurut kenyatan itu, jabatan menerusi Klinik Psikiatri dan Kesihatan Mental ada menyediakan perkhidmatan seperti rawatan psikiatri komuniti, klinik kaunseling, rawatan pakar kepada banduan dan rawatan pakar klinik kesihatan Labuan. – BERNAMA

Tags: LabuanPesakit Mental
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Kanak-kanak Ditemui Dalam Kereta Ditinggalkan Di Labuan

Mayat Kanak-kanak Ditemui Dalam Kereta Ditinggalkan Di Labuan

28/11/2025
0

LABUAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan maut dalam kereta yang ditinggalkan di kawasan perindustrian Kampung Muslim, di sini,...

Serang Dan Pukul Polis, Pesakit Mental Ditahan

Serang Dan Pukul Polis, Pesakit Mental Ditahan

19/11/2024
0

Iskandar Puteri : Lelaki tempatan yang dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental ditahan selepas didapati menyerang dan memukul dua anggota polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd