• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Penjaga Jentera Bebas Tuduhan Bunuh

oleh Ahmad Albab
10/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang bekas penjaga jentera terselamat daripada hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskannya daripada tuduhan membunuh seorang kenalan wanita yang mayatnya ditemukan rentung, lima tahun lepas.

Hakim Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim memutuskan sedemikian selepas berpuas hati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap B. Vijendran, 38.

Sehubungan itu, mahkamah melepas dan membebaskan lelaki tersebut tanpa perlu dipanggil membela diri.

Seramai 19 saksi pendakwaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 18 Jan tahun lepas.

Vijendran didakwa membunuh P. Yogambika, 27, di kaki lima Tingkat 9, Blok B, Mesra Prima Apartment, Jalan Ikan Emas, Ampang Jaya dekat sini, kira-kira 10 malam pada 28 Jun 2012.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Vijendran diwakili peguam N. Sivananthan sementara Timbalan Pendakwa Raya Noor Husnita Mohd Radzi hadir bagi pihak pendakwaan.

Media sebelum ini melaporkan mangsa, seorang kerani bank, yang baru dua minggu mengikat tali pertunangan dijumpai dalam keadaan rentung selepas diserang dan dibakar di hadapan rumahnya di sebuah apartmen di Ampang. – BERNAMA

Tags: bebaskes bunuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd