• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ratusan Paus Mati Di Pantai New Zealand

oleh Ahmad Albab
12/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WELLINGTON – Lebih 400 ekor ikan paus terdampar di pantai, dengan ratusan daripadanya mati tatkala sukarelawan tempatan cuba untuk mengapungkan mamalia yang didapati masih hidup.

Jurucakap Jabatan Pemuliharaan New Zealand, Andrew Lamason berkata, ia adalah kejadian terbesar pernah dicatatkan di negara tersebut, di mana kes paus mati terdampar di pantai memang dianggap perkara biasa.

Beliau berkata, 416 ekor paus jenis pilot dihanyutkan ke pantai di Farewell Spit, wilayah teluk Golden Bay di utara Pulau Selatan, pada malam tadi.

Kata Lamason, 70 peratus daripada jumlah itu didapati sudah mati dan usaha sedang dilakukan untuk menarik baki yang masih hidup ke dalam laut ketika air pasang, walaupun harapan tampak tipis.

“Dengan jumlah yang sudah mati itu, anda boleh membuat kesimpulan bahawa yang lain juga berada dalam keadaan yang teruk,” katanya kepada stesen Radio New Zealand.

“Jadi kami sudah bersedia untuk berdepan tempoh yang menyedihkan selepas ini.”

Paus jenis pilot boleh membesar sehingga enam meter panjang dan menjadi spesies paus yang lazim dilihat di perairan New Zealand.

Farewell Spit terletak 150 kilometer di barat pekan pelancongan Nelson, pernah menyaksikan sekurang-kurangnya sembilan kejadian paus mati terdampar dalam jumlah besar sejak sedekad lalu, namun kes kali ini dipercayai paling buruk.

Lamason berkata, sebab mengapa ikan paus mati terdampar di pantai tidak diketahui tetapi dia percaya ia ada kaitan dengan faktor geografi tempatan.

“Jika anda sedang merekabentuk sesuatu untuk menangkap paus, teluk Golden Bay ini mungkin mempunyai reka bentuk yang sempurna.

“Di luar pesisir Farewell Spit, terdapat dasar pasir yang luas, teluk ini sangat cetek dan apabila paus berenang masuk… sukar baginya untuk mencari jalan keluar.” – AFP/BH ONLINE

Tags: Ikan PausNew Zealand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi 6.2 Magnitud Landa Barat Daya New Zealand

Gempa Bumi 6.2 Magnitud Landa Barat Daya New Zealand

29/04/2025
0

ISTANBUL - Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud menggegarkan kawasan berhampiran bandar Bluff di barat daya New Zealand, lapor Anadolu Ajansi...

NZ Mansuhkan Larangan Hisap Rokok Untuk Generasi Akan Datang

NZ Mansuhkan Larangan Hisap Rokok Untuk Generasi Akan Datang

28/11/2023
0

AUCKLAND: New Zealand bakal membatalkan larangan untuk generasi akan datang menghisap rokok yang mendapat pujian seluruh dunia, sebelum ini. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd