• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akademi KPTM Lahir Ramai Usahawan Bumiputera

oleh Ahmad Albab
09/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – Akademi Keusahawanan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) diwujudkan bagi melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera dalam kalangan orang muda di luar bandar, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata melalui kolej pertama seumpamanya itu, ia juga membantu masyarakat luar bandar mengikuti latihan kemahiran jangka pendek dan sederhana.

“Akademi Keusahawanan KPTM di sini menawarkan kursus pendek keusahawanan untuk diikuti bukan sahaja usahawan baharu dan sedia ada, tetapi juga bagi pelajar lepasan sekolah, badan kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk setempat.

“Untuk peringkat awal, kolej ini akan mulakan pengambilan 60 pelajar pada Sabtu ini untuk mengikuti enam kursus yang ditawarkan dengan perancangan untuk pengambilan 300 pelajar dalam tempoh setahun,” katanya.

Ismail Sabri yang juga anggota Parlimen Bera berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Akademi Keusahawanan KPTM di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi KPTM, Datuk Ahmad Nazlan Idris dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guai Datuk Norol Azali Sulaiman.

Antara program yang ditawarkan ialah Kursus Perniagaan Kecil dan Sederhana, Kursus Keusahawanan, Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak, Kursus Pembangunan Aplikasi Mudah Alih, Kursus Baik Pulih Komputer dan Gajet serta Kursus Bahasa Inggeris/Mandarin Untuk Perniagaan.

Ismail Sabri berkata, akademi itu akan dijadikan sebagai penanda aras sebelum ia diperluaskan ke sembilan lagi KPTM sedia ada di seluruh negara pada waktu ini.

“Dalam masa sama, kita juga merancang menaik taraf akademi ini sebagai cawangan baharu KPTM dan ia dijangka dapat dilakukan dalam tempoh terdekat selepas beberapa masalah teknikal diselesaikan,” katanya.

Beliau berkata akademi ini akan dijadikan pemangkin kepada peranan KPTM yang bukan hanya menawarkan pendidikan di peringkat pengajian tinggi malah turut membantu merancakkan pembangunan keusahawanan di luar bandar.

Ia juga membuktikan komitmen Mara dan KPTM bersama kerajaan dalam menyebar luas program serta inisiatif pembangunan kepada semua lapisan masyarakat terutama di luar bandar. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ismail Sabri YaakobKPTMusahawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mara Luluskan RM200 Juta Bantu Usahawan

Mara Luluskan RM200 Juta Bantu Usahawan

06/07/2022
0

PASIR GUDANG: Majlis Amanah Rakyat (Mara) meluluskan kira-kira RM200 juta peruntukan pembiayaian perniagaan kepada golongan usahawan di seluruh negara setakat...

TVET Lonjak Potensi Usahawan

TVET Lonjak Potensi Usahawan

26/06/2022
0

Sungai Petani : Bermula dengan sebidang tanah seluas 0.2 hektar, seorang usahawan muda agromakanan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd