• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah: Ibu Tunggal Dipenjara 6 Bulan, Denda RM100,000

oleh Ahmad Albab
09/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seorang pembantu kedai dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan meminta suapan RM20,000, tahun lepas.

Hakim Mohd Nasir Nordin ketika menjatuhkan hukuman itu terhadap Nooraszlina Ismail, 35, turut memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan lagi sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Nooraszlina didakwa meminta suapan wang tunai RM20,000 daripada Mohd Rafi Md Hasin sebagai dorongan untuk menyelesaikan kes Anuar Abdullah yang dikatakan mempunyai kes berkaitan rasuah.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Batu 18 1/2 Kampung Lendu Dalam, Alor Gajah, dekat sini, pada pukul 8.15 malam, 3 Feb tahun lepas.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang RM10,000 atau lima kali nilai suapan.

Mengikut fakta kes, pada tarikh dan masa tersebut Mohd Rafi menerima panggilan telefon daripada tertuduh yang memperkenalkan diri sebagai Nora, seorang pegawai SPRM, Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Tertuduh telah menyatakan dalam panggilan telefon tersebut bahawa terdapat siasatan SPRM terhadap Anuar dan menetapkan bayaran RM20,000 untuk menutup kes siasatan tersebut.

Dalam rayuannya, Nooraszlina memohon mahkamah meringankan hukumannya kerana beliau ibu tunggal yang menyara lima anak dan ibu bapanya, mempunyai masalah kewangan serta hanya mempunyai pendapatan RM30 sehari sebagai pembantu kedai.

Mohd Nasir, ketika menjatuhkan hukuman, berkata rasuah adalah suatu kesalahan serius dan agama Islam sendiri melarang meminta atau menerima rasuah.

“Walaupun saya bersimpati dengan kamu (tertuduh) kesalahan ini adalah serius. Saya berharap kamu bertaubat dan tidak melakukan kesalahan ini lagi,” katanya.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohammed Heikal Ismail manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: rasuahWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd