• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berus Cat Disyaki Guna Bulu Babi Dirampas

oleh Ahmad Albab
09/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Taiping merampas 84 berus cat dipercayai menggunakan bulu babi bernilai RM367 selepas menyerbu sebuah premis menjual barangan logam di sini semalam.

Ketua cawangan itu, Mohamad Kamarol Mat Nor berkata pihaknya mendapati premis terbabit menjual pelbagai jenis berus cat pelbagai saiz yang dipercayai diperbuat daripada bulu babi.

“Berus yang dirampas akan dihantar ke jabatan kimia untuk pengesahan lanjut,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Peniaga terbabit diminta mengasingkan berus cat itu dengan barangan lain dan meletakkan label sama ada ia diperbuat daripada bulu babi atau anjing bagi mengelak kekeliruan terhadap pembeli terutama yang beragama Islam.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Perintah Perihal Dagangan (Barang-barang diperbuat daripada mana-mana bahagian babi atau anjing) 2013.

Mohamad Kamarol berkata, premis yang didapati melakukan kesalahan itu boleh didenda maksimum RM200,000 bagi kesalahan pertama dan kesalahan kedua tidak melebihi RM500,000.

“Bagi orang perseorangan pula mereka boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama, manakala kesalahan kedua pula didenda maksimum RM250,000 atau penjara tidak lebih lima tahun,” katanya. – BERNAMA

Tags: berus babi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sin Sing Coffee Nafi Ada Kaitan Isu Berus Bulu Babi

Sin Sing Coffee Nafi Ada Kaitan Isu Berus Bulu Babi

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Sin Sing Coffee Sdn. Bhd. menafikan isu penggunaan peralatan pembersihan tidak mematuhi piawaian halal ada kaitan dengan...

KPDNKK Sita 2,003 Berus Cat Diperbuat Daripada Bulu Babi

07/02/2017
0

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyita sebanyak 2,003 berus cat diperbuat daripada bulu babi benilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd