• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nautical Aliya Dijangka Tiba Esok Di Pelabuhan Yangon

oleh Ahmad Albab
08/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DI ATAS KAPAL NAUTICAL ALIYA – Kapal ‘Nautical Aliya’ yang dalam misi kemanusiaan ‘Food Flotilla For Myanmar’ dijadualkan berada di perairan Yangon, Myanmar malam ini dan memasuki pelabuhan Yangon esok.

“Semangat sukarelawan tinggi ketika ini, kapal akan tiba dekat Yangon malam ini iaitu kira-kira 11.30 malam (waktu Malaysia) namun kita hanya boleh masuk ke pelabuhan esok ketika air pasang,” kata ketua misi kemanusiaan itu Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Beliau berkata sebanyak 500 tan bekalan makanan dan ubat-ubatan akan diserahkan kepada kerajaan Myanmar di pelabuhan itu esok.

Selepas itu, kapal berkenaan akan meneruskan pelayaran ke pelabuhan di Chittagong, Bangladesh dengan perjalanan mengambil masa tiga hari dan dijangka tiba pada 12 Feb, katanya kepada para pemberita di atas kapal tersebut.

Misi yang masuk hari keenam itu membawa makanan, keperluan perubatan, keperluan harian, pakaian dan selimut untuk membantu masyarakat Rohingya yang didakwa ditindas.

Menurut Abdul Azeez sukarelawan dijangka menggunakan jalan darat sejauh 130 km dari Chittagong untuk ke bandar tepi laut Cox’s Bazar, sebelum meneruskan perjalanan ke kem pelarian Rohingya, antaranya di Kutapalong dan Nayapara yang menempatkan lebih 30,000 etnik itu.

“Pasukan lain yang kini berada di Bangladesh sedang membuat pemeriksaan dan kenal pasti madrasah atau sekolah yang boleh kita agihkan bantuan.

“Apa yang kita harapkan kerajaan Bangladesh memberikan ‘Visa On Arrival’ untuk sukarelawan turun memberi bantuan kepada etnik Rohingya,” katanya.

Beliau berkata lebih 1,500 tan bekalan makanan dan perubatan akan dibawa ke kem pelarian menggunakan treler serta baj dari Chittagong.

Misi itu yang dianjurkan Kelab Putra 1Malaysia (KP1M) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) disertai 195 sukarelawan dari 12 negara melibatkan pasukan perubatan, tenaga pengajar, pengamal media tempatan dan antarabangsa, serta badan bukan kerajaan tempatan dan luar negara. – BERNAMA

Tags: Nautical Aliya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Ucap Tahniah, Terima Kasih Kepada Sukarelawan

24/02/2017
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua sukarelawan dari Malaysia serta negara...

Nautical Aliya Selamat Tiba Di Tanah Air

24/02/2017
0

PELABUHAN KLANG - Kapal Nautical Aliya yang membawa misi kemanusiaan 'Food Flotilla For Myanmar' tiba di Boustead Cruise Centre, Pelabuhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd