• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Emel Digodam, Imej Baik David Beckham Tercalar

oleh AK-47
08/02/2017
dalam Gaya Hidup, Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS emel peribadi David Beckham digodam awal minggu ini, sedikit sebanyak pendedahan kandungan emelnya telah mencalarkan imej baik yang dimiliki bekas pemain kebangsaan England itu.

Kandungan emel itu menyebut Beckham enggan menyerahkan sumbangan wang bagi projek kebajikan yang melibatkan dirinya, meminta jet peribadi disediakan untuk menyaksikan perlawanan bola sepak yang disertai anaknya selain meminta diminimumkan cukai bagi pihak dirinya.

Walau bagaimanapun, jurucakap Beckham menjawab kembali segala pertuduhan itu dengan mengatakan kandungan emel itu telah diedit oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mencalarkan imej bintang berusia 41 tahun itu yang sememangnya cukup dikenali dengan kerja-kerja kebajikan terutamanya melibatkan kanak-kanak melarat di seluruh dunia.

Menurut wakil Beckham lagi, penggodam mengedit kandungan emel itu selepas pihak mereka enggan tunduk dengan ugutan hackers yang menuntut wang jutaan dolar sekiranya tidak mahu mereka mendedahkan emel peribadi Beckham.

Selain itu, kandungan emel itu turut mendedahkan Beckham berasa bengang apabila masih belum dikurniakan darjah kebesaran England iaitu Sir walaupun merasakan dirinya sudah cukup layak untuk menerima gelaran tersebut daripada pemerintah negara itu iaitu Queen Elizabeth II.

Salah satu kandungan emel yang cukup kontroversi sehingga mampu mencalar imej Beckham ialah apabila dia didakwa menulis emel enggan menyerahkan sejumlah wang bagi membiayai dana Unicef.

Emel Digodam, Imej Baik David Beckham Tercalar
David Beckham bergelar duta Unicef sejak 12 tahun lalu.

Susulan pendedahan itu, Timbalan Pengarah Eksekutif Unicef (Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu), Justin Forsyth menafikan dakwaan Beckham enggan menderma wangnya kepada pertubuhan itu sebaliknya menjelaskan selebriti sukan itu merupakan seorang individu yang cukup berminat dan dedikasi dengan kerjanya sebagai duta Unicef yang sudah membantu kanak-kanak malang dari seluruh dunia.

“Selama 15 tahun bergelar duta Unicef, David Beckham merupakan seorang yang sangat dedikasi dalam melakukan tugasanya sebagai duta Unicef, yang telah membantu ribuan kanak-kanak sebelum ini,” tulis Justin di laman mikro Twitternya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: David Beckhampenggodamselebriti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

Pasangan Artis Dicekup Berkhalwat?

Jawi Sahkan 2 Selebriti Ditahan, Disiasat Kerana Berkhalwat

09/03/2024
0

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengesahkan satu pemeriksaan sudah dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaannya di lokasi dua selebriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd