• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Nureen Trauma Melihat Kawasan Lombong Bauksit

oleh Ahmad Albab
07/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Ibu kepada mangsa lemas di lombong bauksit di sini, Nor Habibah Aidil tidak pernah mengetahui kewujudan ‘kolam’ di lombong bauksit berhampiran rumahnya di Kampung Sungai Karang Darat di sini.

Nor Habibah, 50, berkata hampir setiap hari dia melalui kawasan itu dan pada pemerhatiannya, terdapat timbunan tanah di situ yang diketahuinya ‘kawasan perlombongan bauskit’.

Sehingga kini, katanya, dia masih tidak boleh melihat lombong bauksit Taman Sungai Karang Jaya itu kerana masih terbayangkan keadaan anak perempuan tunggalnya, Nureen Ain Juwita Mohd Sharif, 10, yang lemas di situ.

“Saya juga tidak melihat gambar berkaitan kejadian menimpa Ain (panggilan Nureen Ain) yang dikongsi saudara mara. Saya memang tidak sangka lombong bauksit yang saya lihat setiap hari akhirnya meragut nyawa anak,” katanya.

Nor Habibah berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin di rumahnya di sini, hari ini.

Pada 5 petang Sabtu lalu, Nureen Ain Juwita dan dua rakannya yang merupakan pasangan adik-beradik, Salsabila Zuhairi, 12, dan Mahathir Mohamad, 7, ditemui lemas di lombong bauksit itu.

Nor Habibah menambah sejak kejadian itu, dirinya berasa kosong dan rumahnya juga lebih sunyi kerana arwah seorang anak yang ceria, mudah bercerita dan tidak suka memarahi orang.

“Dia satu-satunya anak perempuan saya. Saya terasa kehilangannya… tapi saya perlu reda,” katanya yang mempunyai enam orang anak termasuk tiga Orang Kelainan Upaya (OKU).

Mengulas mengenai keputusan ayahnya Aidil Omar, 78, yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menjalankan perlombongan bauksit di sini, Nor Habibah berkata dia menyokong tindakan itu.

Setakat ini, katanya, dia masih tidak mengetahui perincian saman itu dan meletakkan kepercayaan kepada ayahnya untuk menguruskan perkara itu.

“Ayah sangat sayangkan Ain…saya tahu beliau sukar untuk terima kejadian ke atas cucunya. Mungkin sebab itu beliau mahu ambil tindakan saman,” katanya. – BERNAMA

Tags: bauksit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aktiviti Melombong, Eksport Bauksit Boleh Diteruskan

19/02/2019
0

TEMPOH moratorium kegiatan perlombongan dan pengeksportan bauksit dari Pahang yang akan berakhir pada 31 Mac depan tidak akan dilanjutkan, umum...

Perlu Tegas Pastikan Tiada Perlombongan Bauksit Berjalan

11/09/2018
0

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang diminta tegas melakukan penguatkuasaan dalam mengawal selia aktiviti perlombongan bauksit berikutan pengumuman pengeluaran lesen eksport...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd