• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LGE Cabar Ku Nan Bahas Cadangan Jadi P.Pinang WP

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini mencabar Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk berbahas secara terbuka berhubung cadangan menjadikan Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada Wilayah Persekutuan.

Lim berkata beliau terbuka untuk mengadakan perbahasan secara umum mengenai cadangan itu dan berharap ia dapat disiarkan secara langsung di stesen televisyen tempatan.

“Kami nak tahu kenapa nak jadikan Pulau Pinang sebagai sebahagian Wilayah dan bukan negeri-negeri lain yang lebih miskin seperti Sabah dan Kelantan. Adakah mereka juga akan jadi sebahagian Wilayah?” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun sekali lagi menegaskan bahawa pihaknya tetap akan menolak cadangan Tengku Adnan itu.

Rabu lalu, Tengku Adnan mencadangkan perluasan kawasan Wilayah Persekutuan merangkumi Pulau Pinang, Langkawi dan sebahagian Melaka.

Negeri berkenaan akan diletak di bawah pentadbiran Putrajaya secara langsung dan bakal mendapat lebih peruntukan serta perhatian daripada Kerajaan Persekutuan. – BERNAMA

Tags: Lim Guan EngTengku Adnan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Fadzmel Fadzil membidas Lim Guan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd