• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Potong Kulit Kepala Kekasih, Bagi Anjing Kunyah Telinga

oleh
07/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

INI bukan lagi kes cemburu buta tetapi lebih kepada sakit mental. Bayangkan kerana terlalu cemburu dengan kekasihnya, seorang lelaki, sanggup memotong kulit kepala wanita itu dengan pisau dan kemudian mengarahkan anjingnya menyerang mangsa.

Lelaki kejam itu, Zachary Gross, 31, dari Kentucky sebelum itu telah memukul mangsa, Marilyn Stanley. Lebih kejam, dia sanggup membalut kulit kepala yang dipotong itu lalu dimasukkan ke dalam beg plastik dan dihantar ke rumah ibu Marilyn.

Sementara anjingnya pula telah dibiarkan mengunyah sebelah telinga Marilyn yang turut mengalami patah hidung manakala matanya pula bengkak sebesar saiz bola besbol.

Selepas melakukan perbuatan kejam itu, Zachary memberitahu teman wanitanya, “kau dah botak sekarang, tiada siapa nakkan kau lagi.”

Potong Kulit Kepala Kekasih, Bagi Anjing Kunyah Telinga
Zachary Gross (kiri) dan kekasihnya Marilyn Stanley.

Marilyn yang mempunyai seorang anak, terpaksa dikejarkan Pusat Perubatan Cincinnati di mana doktor mendapati 80 peratus daripada kulit kepalanya telah dipotong.

Zachary didakwa berbuat demikian selepas melihat gambar Marilyn dan anaknya di sebuah taman, yang dimuatnaik oleh seorang lelaki dalam Facebook.

Akhirnya kes yang berlaku pada 2015 itu mendapat pembelaan apabila mahkamah mendapati Zachary bersalah dan dia berdepan dengan hukuman penjara 20 tahun.

Dia cuba mengelak diri ketika perbicaraan dengan peguam Zachary memberitahu mahkamah bahawa Marilyn yang mengeluarkan pisau dalam pertengkaran mereka dan cuba mengalihkan kesalahan berkenaan kepada Marilyn serta anjing tersebut.

Namun pakar bedah yang memberikan keterangan memberitahu berdasarkan kecederaan yang dialami di kepala Marilyn, ia menunjukkan kecederaan dengan penggunaan pisau. – MYNEWSHUB.CC

Tags: cemburukekasihsakit mental
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isteri Individu Dakwa Ganggu Calon Temu Duga, Tular Di Media Sosial

Isteri Individu Dakwa Ganggu Calon Temu Duga, Tular Di Media Sosial

10/02/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang calon temu duga mendakwa menerima mesej berunsur ugutan daripada seorang wanita yang mengaku sebagai isteri kepada...

Ibu Biar Anak Gadis Dirogol Kekasih

Ibu Biar Anak Gadis Dirogol Kekasih

29/06/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang gadis menempuh detik hitam apabila dicabul dan dirogol kekasih ibunya sendiri dalam kejadian di sebuah kediaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd