• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anifah Dakwa Ditawar RM100 Juta Jika 10 MP BN Berpaling

oleh Ahmad Albab
29/11/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam satu pendedahan di mahkamah ketika prosiding saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya, Datuk Seri Anifah Aman mengejutkan ramai apabila berkata, beliau pernah ditawarkan RM100 juta untuk membawa 10 ahli parlimen dari Barisan Nasional melompat parti.

anwar

Tawaran tersebut dilakukan bekas Timbalan Pengerusi Eksekutif KFC, Datuk Ishak Ismail yang diketahui merupakan rakan baik ketua pembangkang itu.

Beritahu Menteri Luar itu kepada mahkamah, ahli korporat tersebut mendekatinya semasa dia sedang merokok bersama Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee serta beberapa orang lain di Hotel Hilton KL Sentral pada Mei 2008.

“Saya terperanjat dan marah. Saya rasa terhina kerana telah berkhidmat untuk Barisan Nasional sebagai ahli parlimen selama tiga penggal. Saya beritahu Ishak, ‘jangan sekali-kali diulang kata-kata itu‘.”

Kenyataan tersebut dikeluarkan susulan soalan yang dikemukakan peguamnya, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah.

Tambah beliau lagi, “Saya menyatakan dalam ucapan di Parlimen pada Mei 2008 bahawa saya kecewa dengan kerajaan persekutuan (bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi) kerana tidak memberi pengiktirafan kepada MP dari Sabah dan Sarawak. 

“Bagaimanapun, saya nyatakan di Parlimen pada ketika itu bahawa, walau kecewa dengan kedudukan itu dan BN tewas lima negeri, saya tidak akan berpaling tadah.”

Anwar menfailkan saman RM100 juta terhadap Anifah dan kerajaan kerana dikatakan menfitnahnya dalam satu sidang akhbar di Washington pada 16 Mei 2009 bersama Setiausaha Amerika Syarikat ketika itu, Hillary Clinton. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Woi Badigol… Vape Mushroom Tengah Menjahanamkan Anak Bangsa!

Woi Badigol… Vape Mushroom Tengah Menjahanamkan Anak Bangsa!

20/05/2026
0

MAAF terpaksa guna tajuk kasar macam ini untuk tarik perhatian masyarakat Malaysia yang seolah-olah ambil mudah gejala vape mushroom. Ibarat...

Imunisasi Tdap Untuk Ibu Hamil: Perisai Awal Lindungi Bayi Daripada ‘Batuk 100 Hari’

Imunisasi Tdap Untuk Ibu Hamil: Perisai Awal Lindungi Bayi Daripada ‘Batuk 100 Hari’

19/05/2026
0

PETALING JAYA, 19 Mei 2026 – Di sebalik kegembiraan menanti kelahiran cahaya mata, ramai ibu hamil mungkin tidak menyedari bahawa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd