• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datuk, Bekas Pegawai GLC Didakwa Buat Tuntutan Palsu

oleh AK-47
06/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ dan bekas pegawai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap 56 pertuduhan membuat tuntutan palsu, tiga tahun lepas.

Datuk Kok Chung Fui, 43, dan William AK Edmund Silla, 43, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan berkenaan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Kok, yang merupakan pengarah CK Oil and Gas Sdn Bhd, menghadapi 28 pertuduhan membuat tuntutan palsu melibatkan RM789,360, kepada Petronas Carigali, manakala William yang merupakan pegawai penyelaras di sebuah GLC berdepan 28 pertuduhan bersubahat dengan Kok.

William didakwa menandatangani invois bagi bekalan bahan berkenaan sedangkan dia tahu bahawa ia adalah tuntutan palsu, dan tidak pernah dibekalkan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Scomi Oiltools Sdn Bhd, Labuan Integrated Base, Labuan, pada 18 Sept, 2013.

Kok didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, manakala William mengikut Seksyen 28 yang dibaca bersama-sama Seksyen 18 (1) (b) akta sama.

Pegawai pendakwa daripada SPRM Rozanna Abd Hadi memohon supaya kesemua 56 pertuduhan dibicarakan bersama-sama.

Abu Bakar membenarkan Kok dan William masing-masing diikat jamin RM100,000 dengan dua penjamin dan memerintahkan mereka menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam Korventt Wheezer, juga diperintah melapor diri di pejabat SPRM pada minggu pertama setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 10 April untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: Ahli PerniagaanPegawai GLCTuntutan Palsu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Datuk Seri Antara 4 Individu Kemuka Tuntutan Palsu Bernilai RM360 Juta Ditahan SPRM

Datuk Seri Antara 4 Individu Kemuka Tuntutan Palsu Bernilai RM360 Juta Ditahan SPRM

29/04/2025
0

Kuala Lumpur: Empat individu termasuk seorang bergelar datuk seri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi...

Suami Isteri Didakwa Buat Tuntutan Palsu Lebih RM650,000 Kepada SESB

Suami Isteri Didakwa Buat Tuntutan Palsu Lebih RM650,000 Kepada SESB

17/10/2024
0

TAWAU: Pasangan suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini hari ini atas 15 pertuduhan mengemukakan dokumen tuntutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd