• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Pantau Pelajar Sekolah Berhubung Aktiviti Militan

oleh AK-47
06/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis Selangor sentiasa memantau rapi pelajar sekolah di negeri ini bagi memastikan mereka tidak terpengaruh dengan sebarang unsur negatif terutama berkaitan aktiviti militan.

Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (Operasi) Selangor, ACP Razimi Ahmad berkata usaha itu penting kerana melalui sistem teknologi maklumat anasir negatif seperti militan dan ekstremis lebih mudah disebarkan terutama kepada generasi muda.

“Polis juga ingin menasihati pelajar supaya jangan terjebak dengan aktiviti militan ataupun apa-apa unsur jenayah yang lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ‘Jom ke Sekolah’ di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam di sini hari ini.

Turut hadir pengetua sekolah itu, Sazali Mohd Karli.

Tambah Razimi, melalui siasatan dan pemerhatian pihak polis, sehingga kini tiada pelajar sekolah di Selangor terlibat dengan aktiviti militan dan ekstremis.

Sementara itu mengulas mengenai kotak aduan yang ditempatkan di semua sekolah di Selangor, Razimi berkata beliau berharap pelajar mahupun guru dapat memanfaatkan kotak berkenaan bagi menyalurkan segala bentuk aduan salah laku atau jenayah yang berlaku di sekolah.

“Polis akan menyiasat aduan yang diberi sekiranya ada keperluan, segala maklumat pengadu juga akan dirahsiakan. Jadi para pelajar tidak perlu takut untuk memanfaatkan kotak ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: ACP Razimi AhmadDaeshMilitanpelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd