• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Keringkan Bekas Lombong Bauksit

oleh Ahmad Albab
07/02/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Bekas lombong bauksit di Taman Sungai Karang Jaya di sini yang mengorbankan tiga kanak-kanak pada Sabtu lalu, dikeringkan hari ini atas inisiatif penduduk yang tidak mahu kejadian sama berulang.

Individu yang paling lega melihat ‘lombong kering’ itu ialah Mohd Sharif Awang Ngah, 50, bapa kepada Nureen Ain Juwita iaitu seorang daripada kanak-kanak yang lemas dalam insiden berkenaan.

“Saya lega melihat tiada lagi air di lombong yang meragut nyawa anak bongsu saya. Saya harap kejadian ini menjadi iktibar kepada semua… kalau kita lihat kolamnya memang menakutkan dan dalam.

“Bahaya jika ada orang terjatuh ke dalam terutama kanak-kanak yang tidak tahu erti bahaya,” katanya kepada pemberita semasa ditemui di lombong itu di sini, hari ini.

Kira-kira pukul 5 petang Sabtu lalu, Nureen Ain Juwita, 10, dan dua rakannya yang merupakan pasangan adik-beradik Salsabila Zuhairi, 12, dan Mahathir Mohamad, 7, ditemukan mati lemas di kolam itu.

Hari ini, Persatuan Penduduk Taman Sungai Karang Jaya mengambil inisiatif mengeringkan lombong itu dengan membuat saluran sementara bagi mengalirkan air ke longkang besar di kawasan perumahan tersebut.

Mohd Sharif yang juga seorang pengawal keselamatan berkata beliau turut membuat laporan polis petang semalam, supaya siasatan dijalankan bagi mengenal pasti syarikat yang terlibat agar tindakan sewajarnya dapat diambil.

Sementara itu, Anggota Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Sungai Karang Jaya, Aziyadi Abdullah, 46, berkata kerja membina longkang sementara berkenaan bermula pukul 12 tengah hari dan selesai kira-kira sejam kemudian.

Katanya inisiatif penduduk disokong oleh UMNO Bahagian Indera Mahkota yang membantu menyediakan sebuah jengkaut, selepas penduduk mengambil keputusan mengeringkan lombong itu kerana enggan menangguhkannya lagi.

“Lombong ini terlalu hampir dengan kawasan perumahan kami. Walaupun kanak-kanak jarang bermain di sini disebabkan keadaannya yang panas dan terdedah, tapi kita tidak jangka bila mereka akan datang ke sini.

“Setakat ini tiada syarikat atau individu yang mengaku pemilik lombong. Kami tidak mahu tunggu terlalu lama untuk mereka kambus (lombong). Saya difahamkan pihak berkuasa juga masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pemiliknya,” katanya.

Aziyadi berkata sejak kejadian Sabtu lalu, pelbagai agensi kerajaan telah datang dan meninjau lombong itu, termasuk Pejabat Tanah dan Galian serta Jabatan Mineral dan Geosains negeri.

Beliau berkata keputusan membina longkang sementara itu terpaksa dilakukan sebagai penyelesaian segera walaupun dikhuatiri boleh menyebabkan banjir kilat di kawasan perumahan tersebut.

Katanya berdasarkan pengalaman lalu, empat rumah bersebelahan lombong itu dinaiki air apabila longkang besar di taman berkenaan tidak dapat menampung air hujan yang banyak.

“Tapi keutamaan kita adalah untuk mengeringkan lombong ini kerana tidak mahu ia terus menjadi perangkap kepada anak-anak di sini,” katanya. – BERNAMA

Tags: bauksit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aktiviti Melombong, Eksport Bauksit Boleh Diteruskan

19/02/2019
0

TEMPOH moratorium kegiatan perlombongan dan pengeksportan bauksit dari Pahang yang akan berakhir pada 31 Mac depan tidak akan dilanjutkan, umum...

Perlu Tegas Pastikan Tiada Perlombongan Bauksit Berjalan

11/09/2018
0

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang diminta tegas melakukan penguatkuasaan dalam mengawal selia aktiviti perlombongan bauksit berikutan pengumuman pengeluaran lesen eksport...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd