• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Perak Tegur Orang Melayu Semakin Lupa Daratan

oleh Ahmad Albab
06/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini menegur sikap segelintir orang Melayu yang baru mula menikmati kejayaan kecil berbanding kaum lain tetapi menunjukkan sifat-sifat lupa daratan.

Baginda menyifatkan sikap sedemikian ibarat mengulangi budaya kehidupan pada era prapenaklukan Melaka oleh Portugis yang hanyut dalam perlumbaan kebendaan dan semakin mabuk dilambung gelombang persaingan kuasa.

“Dibimbangkan kekayaan yang baru berada dalam pegangan Melayu mungkin berakhir dalam tempoh masa yang singkat selagi orang Melayu lebih tertarik dengan budaya berbelanja mewah untuk mencerminkan imej sosial…berbanding menabung dan melabur untuk membina aset bangsa yang lebih besar bagi jangka masa panjang,” titah baginda ketika merasmikan Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di sini hari ini.

Turut berangkat pada muzakarah bertemakan ‘Mengakar Kuat Umat Melayu, Menjunjung Tinggi Islam’ adalah Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim. Hadir sama Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Selain itu, Sultan Nazrin bertitah orang Melayu sedang berada dalam perlumbaan menconteng arang sesama sendiri, masing-masing ghairah menepuk air di dulang, dan semakin terpercik ke muka sendiri.

“Dalam kesyukuran mencipta kejayaan, orang Melayu tidak boleh mengambil ringan perbuatan salah laku sebahagian anak bangsanya, laksana anai-anai yang boleh meruntuhkan bangsa,” titah baginda.

Sultan Nazrin menarik perhatian bahawa dasar-dasar murni yang digubal untuk membantu Melayu, tidak tercapai sepenuhnya kerana terbukti berlaku ketirisan secara besar-besaran.

“Hari ini maruah bangsa semakin diaibkan dengan perbuatan rasuah, pecah amanah, penipuan dan salah guna kuasa. Sewajarnya bangsa berwaspada dengan titik-titik nila yang akan memusnahkan susu sebelanga,” titah baginda.

Selain itu, baginda bertitah bangsa Melayu yang terus bercakaran tidak akan menjadi bangsa yang kuat; umat Islam yang terus berkonflik tidak akan berupaya menjunjung ketinggian Islam.

“Semoga Allah mengukuhkan kekuatan dalaman umat Melayu untuk cekal melakukan yang makruf dan gigih mencegah yang mungkar serta ditunjukkan jalan yang mendapat keredaan-Nya,” titah Sultan Nazrin. – BERNAMA

Tags: Orang MelayuSultan Perak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerap Berlaku Kemalangan Maut: Sultan Perak Titah Laksanakan Langkah Preventif

Kerap Berlaku Kemalangan Maut: Sultan Perak Titah Laksanakan Langkah Preventif

10/06/2025
0

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, bertitah langkah preventif perlu dilaksanakan susulan kerapnya kemalangan jalan raya yang meragut nyawa, mutakhir...

UiTM Kekal Untuk Orang Melayu, Orang Asli Dan Anak Negeri Sabah, Sarawak

UiTM Kekal Untuk Orang Melayu, Orang Asli Dan Anak Negeri Sabah, Sarawak

26/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan mengekalkan dasar Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk pelajar Melayu, Orang Asli dan anak negeri Sabah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd