• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kekuatan Dalaman Hadapi Cabaran Ekonomi Global

oleh Ahmad Albab
06/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia boleh mengawal kekuatan dalaman untuk menghadapi cabaran ekonomi dunia yang tidak menentu dengan memberi penekanan kepada kekuatan faktor fundamental.

Perdana Menteri berkata antara faktor fundamental itu ialah kemampuan kerajaan untuk melaksanakan dan menyampaikan segala projek, program dan bantuan kerajaan kepada rakyat.

Mengingatkan penjawat awam untuk menjadikan tahun 2017 sebagai tahun penyampaian, katanya, beliau mahu koordinasi yang lebih baik dilaksanakan antara kementerian dan jabatan dalam sistem penyampaian.

“Kita semua terlibat dalam menentukan sistem penyampaian dilaksanakan secara lebih berkesan kepada rakyat untuk manfaat rakyat,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri, di sini hari ini.

Menurutnya, antara faktor luaran yang tidak menentu yang mendepani Malaysia adalah seperti pasaran kewangan global yang sukar dikawal serta dasar pentadbiran baharu Amerika Syarikat yang boleh memberi kesan kepada negara ini dan dunia dan risiko geopolitik.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata penjawat awam perlu melihat ‘tahun penyampaian 2017’ dari sudut yang lebih menyeluruh dan memberi tumpuan dalam aspek penambahbaikan sekiranya perlu.

Beliau berkata semua kementerian dan agensi kerajaan perlu meruntuhkan cara bekerja secara silo.

“Elak sikap terlalu territorial. Kita perlu memberi tumpuan supaya tahun ini lebih berjaya, kita mesti mengukuh kekuatan dalaman negara,” katanya.

Beliau berkata kekuatan dalaman bukan sahaja dari segi perpaduan nasional, keharmonian negara dan semangat patrotisme tetapi juga perlu diberikan kepada sistem penyampaian dan produktiviti sebagai penjawat awam.

“Kita mesti lihat bagaimana keberhasilan kita bertambah serta produktiviti, inovasi dan kreativiti mesti ditekankan,” katanya, sambil menambah penjawat awam perlu mempunyai minda untuk membuat keputusan cepat dan tepat.

“Semoga tahun ini memberi manfaat dan kesan kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Najib turut memberi penghargaan kepada jabatan dan agensi kerajaan yang bertungkus lumus melaksanakan tanggungjawab masing-masing dalam membantu mangsa banjir menghadapi dugaan dengan lebih selesa berbanding tanpa bantuan. – BERNAMA

Tags: EkonomiNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

Kembalikan BUDI95 Kepada 300 Liter, PMX Perlu Fahami Tekanan Ekonomi Rakyat – Lim Guan Eng

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengurangan kuota Budi Madani RON95 (BUDI95) daripada 300 liter kepada 200 liter adalah satu keputusan yang tidak...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd