• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjaja Jalan Alor Dinasihat Tidak Ambil Kesempatan

oleh Ahmad Albab
06/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peniaga dan penjaja di Jalan Alor, Bukit Bintang di sini dinasihatkan agar tidak mengambil kesempatan terhadap pelancong asing yang berkunjung ke kawasan itu dengan menaikkan harga barangan jualan mereka.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ini bagi memastikan peniaga di kawasan tersebut tidak mengalami nasib seperti perniagaan di Petaling Street yang kurang menerima pengunjung.

“Saya harap peniaga tidak mengambil kesempatan dengan sewenang-wenangnya menaikkan harga yang tinggi terhadap pelancong demi menjaga imej negara dan Jalan Alor itu sendiri.

“Hal ini kerana kita mahukan pelancong ulang datang ke sini lagi di masa akan datang. Mereka merupakan duta kecil negara kita apabila mereka pulang ke negara asal mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kenduri 1Wilayah Persekutuan Parlimen Bukit Bintang, di sini Ahad malam.

Turut hadir Timbalannya Datuk Dr Loga Bala Mohan; Datuk Bandar, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz dan Ketua Setiausaha KWP, Datuk Seri Adnan Md Ikshan.

Tengku Adnan mengharapkan program anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan itu dapat mengukuhkan hubungan akrab dan meningkatkan semangat kebersamaan antara masyarakat pelbagai kaum.

Acara yang dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan tarian singa dan muzik jalanan itu dikunjungi lebih 3,000 warga kota termasuk pelancong asing.

Bersempena program tersebut, turut diadakan aktiviti gotong-royong kebersihan dan cegah denggi bersama komuniti Bukit Bintang yang bertemakan ‘Bebas Denggi Masyarakat Ceria’ bagi membangkitkan kesedaran masyarakat tentang bahaya ancaman nyamuk aedes. – BERNAMA

Tags: Bukit BintangPelancongpeniaga
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengingatkan rakyat Malaysia sentiasa menitikberatkan kepentingan memelihara adab dan nilai menghormati...

KPDN Lancar Ops Kesan 6.0 Mulai 1 Jun, Pantau Peniaga Ambil Kesempatan Naik Harga

KPDN Lancar Ops Kesan 6.0 Mulai 1 Jun, Pantau Peniaga Ambil Kesempatan Naik Harga

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Ops Kesan 6.0 di bawah Akta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd