• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Umpan Jualan Murah Jual Barang Tamat Tempoh

oleh Ahmad Albab
05/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menasihatkan para pengguna berhati-hati dengan tindakan sesetengah pasar raya yang memerangkap pengguna dengan menjual barangan makanan dan minuman yang telah tamat tempoh menerusi jualan murah pada musim perayaan.

Pengarahnya, Dr Mohamad Omar berkata tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pasar raya itu dikesan dalam operasi khas yang dijalankan pihaknya sempena Tahun Baharu Cina 2017 dan ‘Visit Beautiful Terengganu 2017’ di seluruh negeri bermula 9 Jan lalu.

Katanya, 34 premis yang diperiksa pihaknya mengesan mereka mencampuradukkan barangan yang telah tamat tempoh dengan barangan yang baharu dengan memberi harga diskaun kononnya ia dibuat sempena musim perayaan.

“Dalam operasi yang dijalankan di seluruh negeri itu, sebanyak 2,871 item diperiksa membabitkan 34 premis perniagaan. Jumlah rampasan yang dilakukan adalah membabitkan 1,177 item yang sebahagian besarnya sudah tamat tempoh.

“Berdasarkan trend yang dikesan itu, kami percaya masih banyak barangan dijual di pasar raya atau pasar mini yang menyalahi peraturan dan menasihatkan pengguna sentisa berhati-hati bagi mengelak tertipu dengan promosi dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai operasi khas itu di sebuah pasar raya di sini hari ini.

Dr Mohamad berkata pada operasi hari ini juga pihaknya menyita 52 item kerana mendapati ada kerosakan terhadap makanan atau minuman yang dijual di pasar raya itu membabitkan nilai RM544.65 dan menemui 12 item yang sudah melebihi tarikh luput.

Dalam pada itu katanya mana-mana premis yang didapati melakukan kesalahan tersebut mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Peraturan Makanan 1983 yang boleh membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Setakat ini katanya hanya sebuah pasar raya di Kemaman yang terlibat melakukan kesalahan tersebut dibawa ke mahkamah.

“Jabatan Kesihatan akan terus melakukan pemantauan ini dari semasa ke semasa dan bukan sekadar pada musim perayaan kerana kami mahu masyarakat dan juga pelancong mendapat makanan yang selamat dan berkualiti,” katanya. – BERNAMA

Tags: peniaga
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KPDN Lancar Ops Kesan 6.0 Mulai 1 Jun, Pantau Peniaga Ambil Kesempatan Naik Harga

KPDN Lancar Ops Kesan 6.0 Mulai 1 Jun, Pantau Peniaga Ambil Kesempatan Naik Harga

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Ops Kesan 6.0 di bawah Akta...

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd